Blog

  • Mumble-less Monday #19: Sepasang Sepatu Hitam Lusuh

    Salam sejahtera buat semua.

    Kasut Hitam Lusuh

    Sepatu hitam lusuh ini sudah mulai dipakai sejak awal tahun 2007 sebelum saya memulakan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekarang, sudah lima tahun kasut ini memberikan khidmat. Walaupun jarang sekali digunakan semasa berada dalam pengajian, penggunaannya semakin meningkat tatkala waktu beredar. Kini, saya memakainya setiap hari bekerja.

  • HTC Desire S : Handphone Percuma Dari Maxis

    Salam sejahtera buat semua.

    HTC Desire S

    Bagi rakan blogger yang ada berkunjung ke blog Broframestone baru-baru ini, pasti ada terbaca satu entri yang mempunyai tajuk yang sama dengan tajuk entri kali ini. Memang samalah tajuknya sebab saya tiru bulat-bulat daripada tajuk entri yang ditulis oleh Broframestone tersebut.

    Kisahnya memang sama saja dengan Bro sebab kami adalah kumpulan ke-11 dalam Maxis10 yang diberi peluang untuk mengulas sebuah smartphone iaitu HTC Desire S daripada 10 blogger yang lain. Jadi, HTC Desire S yang saya masih lagi pakai sampai sekarang ini adalah yang dapat secara percuma daripada Maxis.

    (more…)