Blog

  • (Gambar) Perodua ViVA ELITE baru

    Salam sejahatera buat semua.

    Baru-baru ini Perodua telah mengumumkan perberhentian pengeluaran Perodua Kancil yang telah berada di pasaran selama 15 tahun. Maka, berakhirlah sejarah kereta nasional yang paling banyak digunakan di negara kita. Anda setuju?

    Pada 23 Julai (hari ini), Perodua telah melancarkan Perodua ViVA ELITE dalam barisan produk Perodua ViVA. Aku bukan nak cerita pasal info kereta tu semua. Tapi aku nak kongsikan gambar-gambar Perodua ViVA ELITE tersebut.

    (more…)

  • Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

    Salam sejahtera buat semua.

    Ref No: 07/09/08

    Embargo: Untuk Siaran Segera

    Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

    Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram. (more…)