Blog

  • Cuti yang membawa kalut dan keletihan

    Salam sejahtera buat semua.

    Dua hari yang lalu, iaitu Jumaat lepas, saya ada memasukkan dua entri mengenai penutupan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Dalam kekalutan menerima berita penutupan itu, pelbagai perkara dan masalah datang melintang.

    Lewat malam Jumaat tersebut, terdapat beberapa berita tersebar mengenai penutupan UTP. Namun, masih belum ada kesahihan akan hal tersebut. Yang ada hanyalah penyebaran notis tentang masalah terkini berkaitan H1N1 di UTP. Semasa membaca notis tersebut, tidak tergambar langsung yang UTP akan ditutup.

    (more…)

  • (UTPian) Notis H1N1

    Salam sejahtera untuk semua.

    Berita penutupan sementara UTP selama seminggu nampaknya telah menimbulkan sedikit kekacauan dan kerimasan kepada pelajar. Notis rasmi telah diedarkan dan boleh diakses di elearning. Namun, disebabkan peningkatan mendadak trafik akses ke elearning, terdapat kesukaran untuk memasukinya, tambahan pula aku yang menggunakan wifi.

    Sebagai paparan dan peringatan untuk pelajar lain, di sini dipaparkan notis penuh yang diedarkan dalam elearning. (more…)