Blog

  • Ranking MRSM Untuk Keputusan SPM 2009

    Salam sejahtera buat semua.

    [Terbaru: Ranking MRSM bagi keputusan SPM 2011!]

    logo mrsm

    Salah satu perkara yang menjadi penanda aras bagi setiap Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ialah ranking / kedudukan berdasarkan keputusan SPM. Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar.

    Saban tahun, kedudukan ini berubah-ubah dan kebiasaanya MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) @ Bitara akan mendahului senarai empat teratas. Namun, tahun ini sedikit berbeza dengan salah satu MRSM PKP berada di tangga kelapan. Lihat senarai penuh ranking MRSM berdasarkan keputusan SPM 2009.

    (more…)

  • Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

    Salam sejahtera buat semua.

    pen jam kad matrik utp

    Nombor matrik???

    Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

    Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.