Salam sejahtera buat semua.
Nombor matrik???
Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.
Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.
Hari Jumaat, langit kelihatan mendung. Rumah pun dah sunyi. Tinggal dua tiga orang je lagi yang belum pulang daripada 12 orang. Perlahan-lahan, hujan mula turun. Daripada hujan rintik-rintik menjadi semakin lebat membasahi bumi yang gersang sekian lama.
“Gersangnya bumi tetap kenal erti rindu pada titisan hujan, inikan pula jiwa seorang manusia”
Rasa macam sedih dengan suasana yang sunyi, lepas tu hujan pulak. Kena pulak dengan dah lama hujan tak turun. Tengok rumput pun dah bertukar kuning dan jadi keras semacam. Kesian je nak pijak rumput tu.
*****
TEC X – Di manakah gambar ini dirakam?
Dah tiba masa untuk keluar dari bilik dan menuju ke kawasan parking di V4 untuk menaiki bas. Kali ini keseorangan berjalan ke sana. Kawan-kawan ramai yang dah ada kereta, lalu pulang sendiri. Manakala, seorang sahabat tidak dapat pulang sebab amanah besar yang digalas untuk event TEC X.
Bas yang dinaiki kali ini berada dalam keadaan yang elok dan rasanya pemandunya pun memandu dalam keadaan yang berhemah. Cuma yang tak bestnya kepala saya terhantuk pada tepi bucu binaan sebelah tingkap (bukan tingkap dan nasib baik binaan tu bukan besi). Ingatkan dah bengkak dah dahi ni (hampir-hampir kena mata, sipi-sipi landing atas kening). Kenapa terhantuk? Sebab tertidur la…
*****
Modem ZTE yang dibeli sendiri.
Akhirnya dapat juga jejak kaki di rumah seawal jam 6 pagi. Lebat juga hujan awal pagi tu.Hari pertama di rumah, hujan turun sepanjang hari dan saya sendiri tiada mood nak online.
Mengejutkan, TM masih belum lagi menyelesaikan masalah kabel telefon yang dicuri dua bulan lalu. Bil telefon dan streamyx pulak tak putus-putus sampai ke rumah. Tak reti nak bagi rebat ke? Bukan guna pun. Laporan pun dah buat. Alasan tak pasang lagi masih kekal sama, iaitu tiada stok kabel. Hampeh!
Nasib baik ada Maxis broadband yang had penggunaan cuma 2GB dan Nokia 5800 XM untuk online. Terpaksalah menahan diri daripada melawat Youtube dan seangkatan…
beliamuda: dan juga baru perasan segala gambar yang diambil sepanjang bulan Dis dan Jan yang lalu telah hilang daripada storan dalam hp. Apa kes pulak ni?
ape la nipi
balik rumah nak men tenet je
study2
hak2
.-= duranian´s last blog ..#17 my holiday finally starts =-.
@duranian, mana de main tenet. haha, studinya tak lagi. ~_~
eh beliamuda,laptop anda tu lebih krg sy punya la.hihi…nway,tahu sgt la gmbr dirakam kat pket D kan?hahaha 😀
@kuyam, eh, sama ke. Ni bukan laptop dulu. Ni baru je diperanakkan. 😛
ye eh?so anda beli laptop yg sama la dgn sy
acer rite?
.-= kuyam´s last blog ..Tak sepenuhnya perempuan..eiiii =-.
@kuyam, yup. mmg Acer. design yang ada skg lebih kurang cmni la. ni Acer 4740. yg sebelum ni dah nyawa2 ikan.
cuti berapa lama ni beliamuda. boleh la luangkan masa di kampung bersama keluarga dan rakan2
.-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.
@Wan Perlis, cuti seminggu je.
chutie baik2, okei. oh tasabar nak final~ 😛
.-= ikin´s last blog ..ini satu minggu busy amat =-.
@ikin, final masih jauh. baru nak masuk separuh masa kedua.
Laptop mcm same je.. 4740 takde ‘G’ kan?
.-= Nikuve´s last blog ..In dilema “Friends and Love” ? =-.
@Nikuve, yup.