Blog

  • (Hijau Daun) Setiap Detik – Rinduku Pada Dia

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Hijau Daun kembali pada tahun ini dengan album baru yang bertajuk Bersama Cahaya. Boleh tahan juga lagu-lagu baru dalam album ini walaupun mungkin tiada lagu yang mungkin mampu menyaingi lagu hits Hijau Daun sebelum ini iaitu Suara Ku Berharap.

    Dalam Melodi d’Hujung Minggu kali ini yang agak lama sudah tidak dimasukkan, saya kongsikan bersama pembaca lagu Setiap Detik oleh Hijau Daun daripada album Bersama Cahaya (2010).

    (more…)

  • Serangan Malware Yang Memeningkan Kepala

    Salam sejahtera buat semua.

    serangan malware beliamuda

    Harapan pertama saya, dengan tersiarnya entri ini dan dapat dibaca oleh anda, masalah malware yang dikaitkan dengan blog ini telah berjaya dipulihkan sepenuhnya.

    Walaupun saya telah awal-awal membuang kod Innity yang dikaitkan dengan masalah malware tersebut dengan menukar kepada tema asas WordPress, namun disebabkan ada sebaris kod yang saya masukkan dalam entri (berjumlah 163 entri) tidak dibuang, masalah masih berlarutan.