Salam sejahtera buat semua.
Harapan pertama saya, dengan tersiarnya entri ini dan dapat dibaca oleh anda, masalah malware yang dikaitkan dengan blog ini telah berjaya dipulihkan sepenuhnya.
Walaupun saya telah awal-awal membuang kod Innity yang dikaitkan dengan masalah malware tersebut dengan menukar kepada tema asas WordPress, namun disebabkan ada sebaris kod yang saya masukkan dalam entri (berjumlah 163 entri) tidak dibuang, masalah masih berlarutan.
Selepas semua baris kod tersebut dibuang satu-persatu daripada beliamuda {dot} com barulah saya memulakan proses memohon disemak semula status malware tersebut. Memang penat dan bosan nak buka balik semua entri tu semata-semata sebaris kod yang perlu dibuang (walaupun sebenarnya tak perlu buang pun sebab Innity telah pun diisytiharkan bersih pada masa tu).
Saya bertindak agak lambat berbanding dengan blogger lain yang awal-awal lagi membersihkan segala benda berkaitan malware daripada blog masing-masing. Kesannya, penurunan trafik secara mendadak dapat dikesan.
Sekurang-kurangnya masalah ini datang di saat saya mula rasa selesa dengan keadaan semasa blog saya. Dah lama blog tidak mengalami masalah major seperti ini. Kali terakhir masalah major berlaku adalah sebelum saya berpindah ke Serverfreak akhir tahun lalu.
beliamuda: Pengajarannya? Saya sayang blog saya, sebab ramai rakan blogger terpaksa buang pautan blog ini kerana mereka turut terjejas…
baguslah sudah dipulihkan, sape pnya keje lar ni
MM´s last blog about ..Blackberry VS DSLR
@MM, entahla sape punya kerja. yang penting semuanya dah selesai dengan cara baik.
pasni blehla letak smula link incik BM kat belog 🙂
ikin´s last blog about ..soalan yang paling susah untuk difahami dalam dunia
@ikin, silakan letak balik. tak sempat nak berurusan dengan blog sejak sebulan lepas.
Isu malware tersebut telah diselesaikan dan sistem adalah bebas dari sebarang ancaman dan serangan. – anda boleh mengaktifkan skrip iklan sekarang tanpa sebarang masalah dan anda tidak akan menghadapi sebarang isu untuk memuat naik iklan anda.. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.innity.com/announcement/ atau http://blog.innity.com/
Rhia
(Marketing Manager @ Innity)