Blog

  • Final Piala Malaysia 2010: Kelantan VS Negeri Sembilan

    Salam sejahtera buat semua.

    Final Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan

    Malam ini kita akan dapat menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Tanggal 30 Oktober 2010 akan menyaksikan sama ada Kelantan mampu merampas takhta Piala Malaysia atau Negeri Sembilan mempertahankannya untuk tahun yang kedua berturut-turut.

    Jika ditanya kepada saya, sudah pastinya saya mahukan Kelantan memenangi Final Piala Malaysia 2010. Anda pula bagaimana?

  • (Sinopsis) PETRONAS Deepavali 2010 TVC – The Giant

    Salam sejahtera buat semua.

    PETRONAS Deepavali TVC

    Sudah menjadi tradisi bagi PETRONAS sejak tahun 1995 untuk mengeluarkan iklan komersial (TVC) bagi setiap sambutan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Perayaan Deepavali dan Hari Kemerdekaan.

    Menghampiri sambutan Deepavali yang bakal disambut oleh penganut agama Hindu pada 5 November ini (Jumaat), PETRONAS sekali lagi mengeluarkan TVC yang bertajuk ‘The Giant’. TVC ini masih lagi belum dipaparkan kepada umum, namun ringkasan mengenai iklan tersebut telah pun dikeluarkan.

    (more…)