Salam sejahtera buat semua.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan sudah habis separuh masa pertama. Kelantan ketinggalan satu gol disebabkan sepakan penalti yang diambil oleh Shahurain sekitar minit-13.
Penalti dianugerahkan kepada Negeri Sembilan disebabkan oleh kekasaran yang dilakukan oleh penjaga gol Kelantan di dalam kotak penalti. Penalti pertama Negeri Sembilan dibatalkan, namun sepakan penalti kedua juga berjaya menembusi gawang Kelantan.
Setakat ni kelihatannya permainan Negeri Sembilan jauh lebih kemas, namun Kelantan dilihat semakin mengasak semasa perlawanan menghampiri wisel penamat separuh masa pertama. Apapun, nantikan permainan di separuh masa kedua. Gomo Kelate Gomo!
Keputusan Separuh Masa Pertama: Kelantan 0 – Negeri Sembilan 1
*****
Keputusan penuh Piala Malaysia 2010: Kelantan 2 – Negeri Sembilan 1
Berlalu sudah perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan sebentar tadi. Para peminat pasukan Kelantan pastinya bersorak gembira dengan kemenangan pada pusingan Final Piala Malaysia kali ini.
Pada Final Piala Malaysia tahun lalu, Negeri Sembilan telah menumpaskan Kelantan dengan gol 3 – 1, namun hari ini pasukan Kelantan berjaya menidakkan banyak ramalan awal yang berpihak kepada Negeri Sembilan.
Kelantan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan gol 2 – 1. Kemenangan ini sangat bermakna apabila Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah berjaya dibawa pulang oleh Kelantan sebagai pasukan ke-14 mengjulang Piala Malaysia.
Dua gol Kelantan hadir pada minit-56 (Hairuddin Omar) dan minit-64 (Badri Radzi).
Kelantan pernah sampai ke pusingan akhir Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1970 dan 2009, namun kalah di tangan lawan masing-masing iaitu Perak dan Negeri Sembilan.
beliamuda: Masih lagi terkilan denga sikap penyokong Kelantan yang membaling botol ke dalam kawasan padang dan membakar mercun.
akhirnya kita ada juara baru piala malaysia
pasukan ke 14
hazwan17´s last blog about ..Trailer Mantera- Filem Transformers Versi Malaysia
kelantan mng naseb jew….
tunggu ar taun depan….
ns akan rampas blk piala malaysia drpd kelantan
tahniah kelantan!
menang nasib ke? kalau gitu N9 pon gol naseb la kot, penalti je kan. N9 nampaknye berharap sgt kat si kembar mereka. mereka mmg hebat. tapi kalo dorg tade, skuad kucar kacir. kelate mengambil kesempatan atas defend N9 yg longgar separuh mase kedua utk jaringkan 2 gol. lek laa N9. taon lepas da menang, kasi can la. hihik.
alhamdulillah~ kelantan mng. 😉
ha khamis nie cuti lgi?
cuti pe pulak??
amalina binti anuar´s last blog about ..my helicopter
huhu….epl semalam tenggelam dengan live final piala malaysia nih.. cayalah..
marhaen kacak´s last blog about ..Snapshot – Gambar Jijik Pasangan Gay Penyokong Pasukan Bola Sepak Kelantan
Gembira sbb Kelate menang tapi kecewa dgn segelintir penyokong yg. masih berdegil dan tidak mematuhi syarat 2 yg telah ditetapkan.
Kenapa meraikan kemenangan dgn membaling botol dan mercun kearah penyokong N9, cuba fikir sekiranya mereka berbuat demikian kepada puok kito, jgn la bagi alasan biasa la tu sbb excited ….. rasanyo kalau dia org baling kat puok kita, tak tahu nak cakap …. org P.Mas cakap speechless …..
Bayangkan yg datang tengok bola hari ada yg bawa anak anak kecil yg tidak mengerti apa apa dan hanya datang utk memberi sokongan utk pasukan negeri kelahiran bapak mereka… tapi mereka dihidangkan oleh botol botol minuman dan mercun…. apa terjadi kalau mercun itu meletup didepan mata atau atas kepala anak anak kecil ini….
Boleh tak kita terima sekiranya org cakap …. mcm ni ke generasi org Kelate yg diperintah oleh ulamak selama 20 thn ( maaf cakap ) bukan nak melibatkan politik …. tapi sebagai org Islam….. semua perkara kehidupan ini tidak dapat dipisahkan dgn politik dan politik tidak boleh dipisah dgn agama….
So agama kita tidak mendidik kita bersikap kurang ajar …. kalau kita nak org respeck kita…. kita yg perlu respeck org terlebih dahulu…
Panjang lebar pulok membebel …… : ) tapi yg baca dan tengok email ni semunya berdisiplin dan berhemah tinggi …
Adiossssss…..
Betul tu. Kawe pun tak setuju dgn peyokong Kelantan ni. Kenapa suka mencetuskan provokasi. Sikit-sikit baling botol.
Bilo ore luar tengok kawe pun tok berapa syok.Mesti ore kato pok Kelate kure ajar. Kawe ore Kelate tok suko bilo ore kato Negeri Kelate tak dok disiplin.
Kalu perasan mlm tu tak de sebiji pun mercun meletup dari kwsn penyokong N9 ( mungkin faktor susah dapat stock kot : ) ) tapi botol terbang w/pun ada cuma boleh di bilang je …..
Sekiranya puok kito boleh ubah dan improve tahun depan confirmed Tok Guru pun berani nak gi tengok bola….
Kalau tak sampai bila la Tok Guru tak tengok bola buat malu dia jah…
Apa pun tahniah to all players , management dan akhir sekali semua peminat setia the Red Warriors ….w/pun beribu batu walau tiket mahal mcm ” bedil ” ….. tapi sanggup datang memberi sokongan
Tak sabar nak tengok barisan players tahun depan…. agak agak sape yg patut di keluarkan….. tungggggggggggggggggguuuuuuu
walau pun eden ni dari indonesia tapi eden dah lama dok nogori..
eden raso org nogori ni memang brlagak sket sebelum ni..apa2 pun tahniah Kelantan..