Blog

  • Tarikh Hari Raya Haji 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010.

    Petang tadi, anak bulan Zulhijjah telah dicerap di 30 lokasi terpilih yang melibatkan kawasan-kawasan di setiap negeri di Malaysia. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

    (more…)

  • Sekali Lagi Mendapat Pendapatan Terumpuk Daripada Nuffnang

    Salam sejahtera buat semua.

    nuffnang

    Dah lama tak berbicara mengenai Nuffnang di blog beliamuda {dot} com. Sesekali rasa jauh sangat dengan atmosfera blogger Malaysia sekarang ni. Banyak kisah, konspirasi dan tulisan menarik yang saya tidak sempat luangkan masa untuk membacanya.

    Kebetulan ada poin yang boleh ditulis mengenai Nuffnang kali ni. Poin yang agak ‘nyekit’ (makna: menimbulkan rasa tidak puas hati) untuk dibaca oleh sesetengah orang sebenarnya. Orang kata, saja nak kecoh pasal ada pendapatan terumpuk (baca: buffered earning) yang beraksi dalam blog ni.

    (more…)