Tarikh Hari Raya Haji 2010

Salam sejahtera buat semua.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010.

Petang tadi, anak bulan Zulhijjah telah dicerap di 30 lokasi terpilih yang melibatkan kawasan-kawasan di setiap negeri di Malaysia. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Petang tadi Ariff Shah ada tanya bilakah tarikh Hari Raya Haji untuk tahun ni. Dengan yakinnya saya jawab seperti di bawah…

tarikh hari raya haji

10 Zulhijjah (ok, ada typo sikit dalam tweet di atas)

Mengikut perancangan, saya akan pulang beraya ke kampung pada Hari Raya Haji kali ini. Cuti dua hari pada hari Khamis dan Jumaat telah pun diminta. Rasanya harapan cerah je untuk cuti tu diluluskan. Lagipun, saya cuma praktikal je kat situ.

Harap-harap keadaan cuaca pada musim Hari Raya Haji ni lebih baik. Semoga saya dan rakan-rakan dapat selamat sampai ke destinasi yang dituju.

beliamuda: Orang cakap Hari Raya Haji di Kelantan lebih meriah berbanding tempat-tempat lain.

Comments

16 responses to “Tarikh Hari Raya Haji 2010”

  1. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    x saba nak balik raya haji woh! tp pastu kena balik kampus sebab ada 2 paper lagi exam lepas raya. adoi

    1. beliamuda Avatar

      @fiffy syafiqa hazirah, hehe.. sama la dengan dua orang adik saya tu… xpelah, studi rerajin. 🙂

  2. amalina binti anuar Avatar

    nak raya dah. Best2.

    1. beliamuda Avatar

      @amalina binti anuar, beraya kat mana kali ni?

  3. shapopo Avatar

    stuju…kalo rayer korban kat kelantan, stu negeri bau lembu kne sembelih…sebab sumer ambil bahagian korban…yeaaa…rayer kat kelantan thun nie buat akikah anak sedara aku yg ke-9….huhuhu

    1. beliamuda Avatar

      @shapopo, alhamdulillah. semoga diberkati semuanya.

  4. hazwan17 Avatar

    selamat hari raya aidildha hehe

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan17, selamat hari raya aidildha juga. advance sikit. 🙂

  5. aizuddin Avatar

    mood raya haji pulak sampai..

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, huhu. tak rasa lagi ni. harap2 bila dah sampai umah, dapat rasa mood raya haji tu.

  6. yusrizal Avatar

    Alhamdulillah…biasa raya haji gua kerja..tahun nih gua cuti…best..:)

    1. beliamuda Avatar

      @yusrizal, baguslah kalau cmtu. syukur.

  7. Faris Al-Muhandisu Avatar

    wa xcuti raya haji ni bro..owh x seronoknya.. beraya je la dgn kakak2 n abg2 angkat ku di cni..

    time nikoh nati supo tulo jugok dop, keno gilir2 tiap tahun… muahaha

    1. beliamuda Avatar

      @Faris Al-Muhandisu, hint baik je dalam ayat last tu? 😛

      best wo dapat balik raya haji kat kelantan…

      ps: jangan jeles.

  8. Hanisah Avatar

    Fuhh~ first time komen kt sini.. haha..

    x balil raya tahun ni. sebab ada paper lepas raya.. tp maybe beraya kt rumah makcik kt kb.. haha.. nak tgk la mcm mana meriah dia.. 3 tahun duduk kt kelantan, x pernah beraya kt kelantan. ni first time.. tapi kesian kt adik beradik kt rumah. 4 orang je beraya kt rumah. mak n ayah pergi haji…

    n 16/11 ada exam. haishh… x suka kot. haha

    Salam.

  9. en_me Avatar

    me raya kt perantauan larr fulakks.. uhuhu

    selamat hariraya bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge