2008 – Menanti tirainya dilabuhkan

Tidak beberapa lama lagi, tirai 2008 akan berlabuh dan 2009 akan memulakan pentasnya. Apa yang telah kita capai sepanjang 2008?

Bagi aku sendiri, tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar. Sedikit kesilapan dan kealpaan dalam percaturan hampir membawa kemusnahan. Tapi, nasib baik tak sampai tahap tu lagi. Apa yang lebih menarik, berakhirnya tahun 2008, bermakna angka satu (1) tidak akan muncul di depan umurku. Tahun hadapan, iaitu esok, secara tak rasmi, aku akan berumur 20 tahun. Secara rasminya, aku akan beurmur 20 tahun 10 hari kemudian. Sahabatku, anda bagaimana?

Prestasi akademik tahun 2008 agak mengecewakan. Dengan permulaan GPA yang sedikit rendah, nampaknya perkara yang sama bakal berulang untuk semester kedua. Semakin berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Walaupun aku cuba berubah untuk semester kedua, keadaan tidak banyak bezanya dan menjadi lebih teruk terutama semasa menduduki kertas terakhir. Risaunya…

Sepanjang cuti semester, aku cuba mencari identiti dan jalan yang telah aku tinggalkan. Jalan yang dulu pernah aku lalui, tapi kerana sukar, aku lari. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. Bantulah aku untuk kembali ke jalan yang betul!

Aku mencari semula semangat yang hilang,
Di sebalik jiwa yang kusut,
Untuk berada di jalan yang lurus,
Meneruskan kembali perjuangan yang ditinggalkan.

Selamat tinggal 2008. Akanku kenangmu dalam diari hidupku.

beliamuda: dimanakah anda di malam ini?

Israel mengganas lagi

Semalam, semasa di majlis makan malam tahunan Radifleet Sdn. Bhd., aku menerima satu mesej daripada seorang kawan.

Gaza sedang diserang… Ribuan cedera+terbunuh… Saudara seIslam memerlukan solah hajat kalian.. (jgn main forward2 kalau xbuat)…

Aku terkejut juga. Tapi, bila baca ayat yang akhir tu, rasa lucu pula. Huhu~~. Itu memang stail dia. Dia paling benci orang forward mesej, tapi tak buat apa yang ada dalam mesej tu.

Hari ini, berita mengenai serangan Israel ke atas Gaza terpapar di dada-dada akhbar. Di bawah ialah petikan berita daripada Utusan Malaysian Online edisi 29 Dis, bertajuk “Israel terus mengganas” dan “Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Israel terus mengganas, Utusan Malaysia Online

KEKEJAMAN ISRAEL… Sebuah keluarga berlari menyelamatkan diri apabila peluru berpandu tentera udara Israel memusnahkan bangunan di kem pelarian Rafah, Genting Gaza, dalam serangan terbaru rejim zionis di wilayah berkenaan, semalam. – AFP

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel tidak mengendahkan seruan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan serangan, sebaliknya memberi amaran akan memperhebatkan operasi tentera ke atas Genting Gaza, termasuk mengerahkan askarnya ke wilayah Palestin ini.

Amaran Israel itu dikeluarkan ketika pesawat pejuang rejim Yahudi itu terus membedil kedudukan Hamas di wilayah ini hari ini menyebabkan enam lagi rakyat Palestin terkorban, menjadikan lebih 290 rakyat Palestin maut, manakala 650 lagi cedera dalam tempoh 24 jam selepas serangan udara Israel pertengahan pagi semalam.

Bumi Gaza telah dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu pesawat udara Israel dalam tempoh itu.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berikrar untuk meluaskan kempen pengeboman besar-besaran yang dilancarkan, sebagai membalas tembakan roket pejuang Hamas.

Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza, Utusan Malaysia Online

Untuk berita penuh, sila semak mana-mana akhbar ataupun laman-laman berkaitan.

beliamuda: kenapa kita sentiasa ditindas? tepuk dada, tanya selera!

Petang ini hujan

Agak kebudak-budakan la tajuk tu.. Tapi itulah kenyataan. Petang ini hujan. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Eh, tak de lah lebat sangat, sekadarnya sahaja.

Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok.

Itu yang ditulis kat dalam berita dan yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jumaat lepas. Risaunya aku. Malam ni kena memandu. Eh, apa pula yang susahnya?

Masalahnya, aku tak pernah memandu malam dan jalan yang akan aku lalu adalah jalan kampung. Kalau hujan, lagi la parah. Dugaan betul. Tapi, aku nak memandu ke mana malam ni? Ahaks.. bukan nak keluar saja-saja. Malam ni aku akan memandu ke New Pacific Hotel untuk jamuan keluarga bengkel Radicare Kota Bharu. Sekadar membawa ahli kelurga. Pengganti Abah, sebab Abah kena berada di sana lebih awal. Kenyataannya, Abahlah yang menguruskan makan malam ni.

Laluan yang akan diambil? Tahu ke jalannya? Takpe2, aku dah minta tolong Google Earth sikit, untuk memudahkan aku. Dah tahu tempatnya, cuma tak biasa saja.


Gambar yang tak berapa nak ada dalam peta tu la jalan kampung yang akan aku lalu… haih…

beliamuda: rasa bersemangat sikit hari ini… sikit je ke?