Blog

  • Sarapan Dengan McMuffin di McD Kulim

    Salam sejahtera buat semua.

    Sarapan dengan McMuffin di McD Kulim

    Semalam saya berpeluang untuk bersarapan di McD Kulim yang baru dibuka lebih seminggu yang lalu bersama dengan seseorang. Kalau sebelum ni nak pergi tapi ramai sangat manusia yang berkerumung di situ, pergi la awal pagi yang masih lengang lagi.

    Sausage McMuffin dengan telur untuk saya dan Egg McMuffin untuk dia. Tapi dia makan Hash Browns je. Siapa yang habiskan Egg McMuffin dia? 😛

  • Senarai 10 Sekolah Amanah Tahun 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan 10 buah sekolah berprestasi rendah, sederhana dan tinggi serta merentasi pelbagai latar belakang sosioekonomi sebagai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir mulai tahun 2011 atau dipanggil Sekolah Amanah.

    Program yang berada dalam tajaan Yayasan Amir ini adalah sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), bertujuan untuk meningkatkan pembangunan modal insan bagi melahirkan pemimpin masa hadapan.

    (more…)