Blog

  • Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 Secara Langsung di RTM

    Salam sejahtera buat semua.

    Piala Suzuki AFF 2010

    Siapa sangka Malaysia mampu layak ke pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Vietnam dalam pusingan separuh akhir dengan agregat gol 2-0. Semasa di peringkat kumpulan pun keadaan kelihatan agak mendebarkan.

    Ok, ini bukannya satu pernyataan saya tidak optimis dengan kemampuan pasukan bola sepak negara kita. Sekadar luahan seseorang yang menjadi pemerhati dari jauh. Bila dah layak ke pusingan akhir ni baru ramai yang membuka mata untuk melihat apakah penyudahnya dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia nanti. Sama-sama kita saksikan.

    (more…)

  • Apabila Bil Air Melambung Tinggi

    Salam sejahtera buat semua.

    Bil Air SADA Disember 2010

    Terkejut dengan bil air sebanyak RM335.50? Tidak bagi kami yang menerima bil air tersebut. Kami telah menjangkakan yang bil air pada bulan ini akan mencecah nilai melebihi RM300.

    Beberapa bulan kebelakangan ini, bil air telah pun melebihi paras tiga digit. Jika sebelum kembali pulang untuk Hari Raya Puasa tempoh hari bil air hanya sekitar RM30 sahaja, selepas itu bil air terus melambung melepasi nilai RM100.

    (more…)