Blog

  • Duit Dinar Emas UTP

    Salam sejahtera buat semua.

    Dinar emas UTP

    Pada awal minggu ni, saya telah berkesempatan untuk ke Financial Department di bangunan Kompleks Canselor, bersebelahan IRC UTP. Kebetulan teman kawan-kawan pergi membayar yuran asrama untuk minta dilepaskan keputusan peperiksaan mereka yang masih ditahan.

    Berdekatan dengan pintu masuk ke tempat ni, ada satu kabinet yang menempatkan segala cenderamata dan cenderahati (apa beza dua ni eh?) yang berkaitan dengan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Yang paling menarik perhatian dalam kabinet tersebut adalah dinar emas. Ya, dinar emas kepunyaan UTP. Dinar emas yang dikeluarkan khas oleh Alumni UTP. Siap ada logo UTP lagi atas dinar emas tu dan satu lagi ada gambar Kompleks Canselor..

    (more…)

  • OST Nur Kasih The Movie oleh Yassin & Tiz Zaqyah

    Salam sejahtera buat semua.

    Nur Kasih The Movie

    Peminat tegar Nur Kasih pasti dah tahu yang Nur Kasih The Movie akan menerjah pawagam pada 19 Mei 2011. Lambat lagi la kan… Tunggu je la eh. Tapi dalam duk tunggu sampai masa muvi ni ditayangkan, klip video lagu tema Nur Kasih The Movie telah pun boleh ditonton.

    Seperti juga OST drama Nur Kasih, sudah semestinya lagu tema yang sama digunakan. Cuma yang membezakan OST untuk filem ini ialah Tiz Zaqyah turut menyumbangkan suara. OST Nur Kasih The Movie ini dinyanyikan bersama oleh Yassin dan Tiz Zaqyah.

    Anda boleh saksikan video klip OST Nur Kasih The Movie dalam video di bawah.

    (more…)