Blog

  • (Maher Zain) Freedom: Muzik Video dan Lirik Lagu

    Salam sejahtera buat semua.

    Maher Zain Live in Concert 26 Feb 2011

    Maher Zain kini hadir lagi dengan lagu baru yang bertajuk ‘Freedom’. Lagu ini telah dinyanyikan semasa konsert Maher Zain di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari yang lalu.

    Lagu Freedom oleh Maher Zain ini dicipta bersempena dengan kebangkitan revolusi rakyat di Timur Tengah dan didekasikan kepada mereka yang berjuang untuk kebebasan dan maruah sendiri.

    Anda boleh saksikan muzik video rasmi yang menggunakan footage daripada konsert beliau di Malaysia ini di bawah dan tidak hairanlah apabila banyak nama rakyat Malaysia yang terlibat dalam penghasilan klip video untuk lagu Freedom.

    (more…)

  • Catatan Ringkas dari Makmal Simulasi Blok 5 UTP

    Salam sejahtera buat semua.

    Bersimulasi dengan menggunakan perisian iCON di blok 5 untuk projek Plant Design, bukanlah mengujakan, tetapi mencabar tahap kesabaran dalam proses cuba jaya untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

    Program simulasi yang melibatkan pelbagai pengiraan yang rumit melibatkan material and energy balances, thermodynamics, heat transfer, separation process dan chemical reaction memerlukan kesabaran di kala komputer tiba-tiba meragam, tidak memberikan respon atau paling menyedihkan, program terpadam dengan sendiri menyebabkan simulasi hilang begitu sahaja.

    (more…)