Catatan Ringkas dari Makmal Simulasi Blok 5 UTP

Salam sejahtera buat semua.

Bersimulasi dengan menggunakan perisian iCON di blok 5 untuk projek Plant Design, bukanlah mengujakan, tetapi mencabar tahap kesabaran dalam proses cuba jaya untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Program simulasi yang melibatkan pelbagai pengiraan yang rumit melibatkan material and energy balances, thermodynamics, heat transfer, separation process dan chemical reaction memerlukan kesabaran di kala komputer tiba-tiba meragam, tidak memberikan respon atau paling menyedihkan, program terpadam dengan sendiri menyebabkan simulasi hilang begitu sahaja.

Segala pengiraan secara manual telah dilakukan terlebih dahulu. Program simulasi ini akan digunakan sebagai perbandingan dengan pengiraan awal yang telah dilakukan. Namun, semuanya bukan semudah itu. Banyak anggapan perlu dibuat, maka membuka ruang untuk kesilapan.

beliamuda: Ditulis semasa membina simulasi iCON untuk Ammonia Plant.

3 thoughts on “Catatan Ringkas dari Makmal Simulasi Blok 5 UTP

  1. Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #5 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge