Blog

  • Kembara 1000KM!

    Salam sejahtera buat semua.

    Jupo di KB deh!

    Hari Jumaat sehingga Selasa yang lalu merupakan hari-hari yang sangat memenatkan, namun ianya merupakan kembara perjalanan yang dinanti.

    Kembara bermula dengan penerbangan pulang daripada Singapura terus ke Kota Bharu pada hari Jumaat yang kemudiannya disambung dengan perjalanan ke UTP di Bandar Seri Iskandar, Perak pada keesokan harinya untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS. Urusan di UTP selesai pada hari Isnin dan perjalanan disambung dengan destinasi dituju adalah Puchong. Kembara berakhir pada hari Selasa apabila saya tiba semula di Singapura.

    (more…)

  • (inteam) Iman Aman: Perang dan Sengketa yang Merosak

    Salam sejahtera buat semua.

    Nasyid Baru inteam 2012

    Kumpulan nasyid inteam baru-baru ini telah hadir dengan tiga single terkini yang bakal dimuatkan dalam album terbaru pada tahun hadapan. Tiga nasyid baru tersebut ialah Iman Aman, Jatuh Bangun, dan Ifthar.

    Salah satu nasyid tersebut iaitu Iman Aman telah pun dikeluarkan dalam video muzik tidak rasmi oleh inteam. Video muzik tersebut telah dirakam di Dubai semasa kumpulan inteam dijemput oleh FELDA untuk satu karnival di Abu Dhabi. Dipaparkan di bawah adalah video muzik Iman Aman untuk versi TV.

    (more…)