(inteam) Iman Aman: Perang dan Sengketa yang Merosak

Salam sejahtera buat semua.

Nasyid Baru inteam 2012

Kumpulan nasyid inteam baru-baru ini telah hadir dengan tiga single terkini yang bakal dimuatkan dalam album terbaru pada tahun hadapan. Tiga nasyid baru tersebut ialah Iman Aman, Jatuh Bangun, dan Ifthar.

Salah satu nasyid tersebut iaitu Iman Aman telah pun dikeluarkan dalam video muzik tidak rasmi oleh inteam. Video muzik tersebut telah dirakam di Dubai semasa kumpulan inteam dijemput oleh FELDA untuk satu karnival di Abu Dhabi. Dipaparkan di bawah adalah video muzik Iman Aman untuk versi TV.

Video Muzik Iman Aman oleh inteam

Lirik Lagu Iman Aman (inteam)

Inteam – Iman Aman

Tuhan
Gelora dunia
Mengundang resah
Menyulam seksa

Fitnah bersengketa
Jadi mainan
Manusia lari dari ajaran agama suci
Memilih haluan bermusuhan

Petunjuk iman disisihkan
Bukan lagi rujukan
Nikmat keamanan dunia
Gersang sekali

Di mana mujahid
Yang cintakan keamanan
Kembalikan nafas jihad
Semarakkan kesedaran ummat

(Korus)
Marilah berdakwah berjuang satukan hati
Tarbiyah berilmu beriman murnikan budi
Berjuang berkorban beramal sucikan diri
Inilah nilaian pejuang yang dicari

Keamanan mekar segar
Bersendikan pohon iman
Ayuh sedia wahai pejuang
Jika mahu ambil pengajaran

(Ulang korus)

Betapa indahnya imannya
Merendang teduh
Hamparan di taman buana
Bernama aman

*****

Lagu Iman Aman merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Dakmie dan lirik pula dibuat oleh B.Nury atau nama sebenarnya Ustaz Sohibul Fadhil iaitu ketua Munsyid Malaysia.

beliamuda: Nasyid baru inteam kali ini berbeza ketika zaman awal kemunculan mereka dahulu.

One thought on “(inteam) Iman Aman: Perang dan Sengketa yang Merosak

  1. Pingback: (inteam) Iman Aman: Perang dan Sengketa yang Merosak | Apesal.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge