Menyelusuri Semula Koleksi Kata-Kata Hikmah

Salam sejahtera buat semua.

Koleksi kata-kata hikmah

Hari ini, saya membawa semula diri saya dan pembaca untuk menyelusuri semula entri-entri saya yang ditulis tidak beberapa dahulu. Entri ini mengandungi koleksi kata-kata hikmah yang dikumpul daripada pelbagai sumber.

Berikut adalah pautan ke tulisan yang mengandungi koleksi kata-kata hikmah di blog ini:

Continue reading

Keputusan Piala Thomas 2010: Malaysia vs Denmark

Salam sejahtera buat semua.

Piala Thomas 2010

Hari ini, perlawanan suku akhir Piala Thomas 2010 diantara Malaysia dengan Denmark pastinya dinanti-natikan. Tambahan lagi dengan prestasi skuad negara semasa perlawanan Malaysia dengan Jepun di peringkat kumpulan.

Kalau semalam tengok keputusan perlawanan di antara Malaysia – Jepun, agak kecewa sikit la. Mula-mula tu, ingatkan Malaysia lawan Jepun tu dah di peringkat suku akhir (saya yang salah faham). Tu pun tak sedar yang semalam ada perlawanan. Hari ini, kasi sedar sikit. Jadi, apa ramalan awal perlawanan kali ini?

Continue reading

Nota Malam: (Bab 5) Sejuk Air Terjun dan Jambatan Gantung Runtuh

Salam sejahtera buat semua.

air-terjun-lata-kinjang2

Kredit kepada jurugambar – Luqman (rumet)

[Lagu tema: Raihan – Bersatu]

Hari ini, buat kesekian kalinya, aku keluar lagi dengan rakan-rakan ke Batu Gajah semata-mata untuk menemani Akmal yang kerisauan dengan duitnya yang bernilai RM1800 yang tidak diketahui statusnya. Duit itu telah dihantar ke AS, namun proses penghantaran bukanlah terus masuk ke akaun bank. Guna servis Western Union. Aku pun tak reti pasal benda ni.

Continue reading

(Vid) Paul Dateh Gabungkan Lagu Telephone, Blah3, Rude Boy & OMG dengan Biola

Salam sejahtera buat semua.

Tengah duk mula nak cari mood untuk memulakan studi week pada hari ni, satu video (melodi lagu) yang menarik telah mengisi ruang hari ni. Video ni dihasilkan oleh Paul Dateh yang mengabungkan lagu Telephone (Lady Gaga), Blah3 (Ke$ha), Rude Boy (Rihanna) dan OMG (Usher).

Paling aku suka masa dia main biola untuk lagu Telephone. Macam best je rentak lagu tu. Dia main biola tu dalam rentak yang berbeza, lepas tu dia gabung (mashup). Serius rentak dia best sangat.

Korang layan dulu video kat bawah ni.

Continue reading