Nikmati Tutti Frutti dengan Diskaun 50%

Salam sejahtera buat semua.

Tutti Frutti

Sebelum ni saya tidak pernah dengar pun nama Tutti Frutti. Macam ada kaitan dengan buah je, sebab perkataan Frutti tu. Selalu jugak terbaca di Twitter bila ada yang berkicau cakap tengah makan Tutti Frutti. Lebih menarik perhatian apabila ada yang berkicau dan memberikan maklumat bahawa ada peluang untuk menikmati Tutti Frutti dengan diskaun 50%.

Sebelum saya ceritakan lebih lanjut mengenai tawaran diskaun 50% Tutti Frutti ni, jom kita baca dulu apakah itu Tutti Frutti.

Apakah itu Tutti Frutti?

Kalau ada yang masih belum jelas, Tutti Frutti ni adalah sejenis makanan. Makanan apakah? Ianya adalah sejenis yogurt yang dikenali sebagai “Tutti Frutti Frozen Yogurt”. Nama Frutti ni mungkin untuk hias atas (baca: topping) buah yang boleh ditambah pada yogurt ni.

Promosi diskaun 50%

Tutti Frutti

Jadi, dimanakah promosi 50% yang ditawarkan untuk Tutti Frutti ni? Untuk makluman, Tutti Frutti ada membuka sebuah cawangan baru di Perak yang merupakan cawangan kedua selepas cawangan pertama di De’Garden Ipoh (tak tahu pun sebelum ni ada kedai Tutti Frutti kat kawasan tu, terlalu grand untuk singgah).

Cawangan kedua Tutti Frutti di Perak ini bakal di buka di Medan Gopeng. Ya, Medan Gopeng, maknanya tak jauh sangat pun dengan UTP ni. Merujuk kepada Google Maps pun jarak dalam lingkungan 38 KM je. Nak tengok peta lokasi Tutti Frutti Medan Gopeng ni, sila skrol ke bawah.

Bilakah tawaran promosi 50% ini berlangsung?

Tawaran ini sebenarnya berlangsung bersempena dengan pembukaan cawangan tersebut pada 17 Jun 2011 (Jumaat) dan potongan 50% akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Jun 2011. Selepas dua hari ini, potongan 10% pula akan diberi untuk tempoh masa seminggu bermula 19 – 26 Jun 2011.

Katanya lagi, dalam tempoh masa seminggu itu, setiap pelanggan yang membelanjakan minimum RM50 dalam satu resit berpeluang untuk menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa dua telefon pintar Blackberry.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu semurah RM0.53 untuk 10gram dan harganya akan meningkat mengikut jumlah yang diambil oleh pelanggan.

Mengikut pengiraan mudah, kalau nak dapat minimum RM50 dalam satu resit, korang kena makan hampir 1kg. Erk, mampukah? Tapi saya tak pasti adakah harga tersebut adalah harga asal atau selepas diskaun 50% diberikan.

Waktu Operasi Tutti Frutti Medan Gopeng

Disebabkan saya tidak pernah pun makan di rangkaian Tutti Frutti sebelum ini, saya kurang pasti berkenaan waktu operasi mereka. Lagipun, mengikut carian saya di Internet, terdapat cawangan yang dibuka bermula pukul 12 tengah hari. Bagi Tutti Frutti De’Garden Ipoh, mereka mula beroperasi pada pukul 10 pagi sehingga 12 malam.

Tutti Frutti

Oleh kerana cawangan baru di Medan Gopeng baru sahaja dibuka, lagilah payah nak tahu waktu operasi mereka. Namun, saya bernasib baik apabila Facebook Pages untuk Tutti Frutti Medan Gopeng telah pun wujud bermula semalam dan mengikut info di sana, mereka juga beroperasi seperti cawangan Tutti Frutti De’Garden iaitu 10 pagi – 12 malam.

Lokasi Tutti Frutti Medan Gopeng

Cawangan Tutti Frutti Medan Gopeng adalah beralamat di No 1, Laluan Medan Rapat 2, Off Jalan Dr. Nazrin Shah, 31350. Ipoh, 30000 Ipoh, Malaysia (berdekatan dengan McDonald Medan Gopeng dan berdepan dengan Megoplex – Billion). Bagi yang tidak tahu di manakah kedudukan alamat ini, anda boleh sahaja meng-Google Map alamat tersebut.

Oleh kerana saya pun nak pergi ke sana, saya kongsikan gambar peta lokasi Tutti Frutti Medan Gopeng (bertanda A) untuk tatapan anda semua.

Lokasi Tutti Frutti Medan Gopeng

Rujukan:

beliamuda: Moga lidah dapat menerima rasa Tutti Frutti Frozen Yogurt ni.

11 thoughts on “Nikmati Tutti Frutti dengan Diskaun 50%

  1. Pingback: Mumble less Monday #4: Menyahut Jemputan Tutti Frutti Medan Gopeng | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge