Persiapan Konvokesyen ke-12 UTP

Salam sejahtera buat semua.

Majlis Konvokesyen 12 UTP

Baru minggu lepas saya dapat surat jemputan rasmi untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) melalui emel. Rasanya, rakan-rakan lain pun sama. Tak tahulah kenapa lambat sangat nak hantar surat jemputan rasmi tu.

Dengan tarikh konvokesyen yang berbaki kurang tiga minggu, pengesahan kehadiran juga telah hampir ditutup. Pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen UTP kali ke-12 akan ditutup pada 5 Oktober.

Continue reading

Harga Gula Naik, Tapi Harga Makanan dan Minuman Tak Boleh Naik!

Salam sejahtera buat semua.

Gula Harga Baru Utusan Malaysia

Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia telah pun membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September lepas.

Diantara isi penting Bajet 2013 ialah pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen yang meletakkan gula pada harga baru iaitu RM2.50 sekilo.

Dalam perkembangan berkaitan, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha restoran atau kedai makan yang menaikkan harga makanan dan minuman susulan pengumuman pengurangan subsidi gula dalam Bajet 2013 semalam.

Continue reading

Indahnya Berehat Pada Hujung Minggu

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini hari Sabtu!

Sejak selalu kerja di hujung minggu untuk empat bulan yang lalu, hari berehat di hujung minggu dirasakan sangat dinanti. Lagi haru apabila rakan-rakan yang lain boleh menikmati hujung minggu masing-masing dengan pelbagai aktiviti outdoor.

Bukanlah dipinta untuk kerja tujuh hari seminggu ni. Ini semua kerana memenuhi tuntutan tanggungjawab yang telah digalas. Haruslah diri bersedia untuk menyudahkan urusan dengan baik. Harus tabah!

Continue reading