Kehangatan Majlis Konvokesyen ke-12 UTP Makin Terasa

Salam sejahtera buat semua.

Pas masuk dan pelekat kereta

Tidak sampai seminggu lagi sebelum bermulanya Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Bermula hari ini, sesi pengambilan jubah konvokesyen bermula sehingga tengah hari Jumaat nanti.

Saya telah meminta bantuan bekas rumet untuk mengambil jubah bagi pihak saya berserta dengan pas masuk dan pelekat kereta seperti yang terdapat dalam gambar di atas.

Continue reading

Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Samsung Galaxy Note II

Mesej di Facebook sendikit rancak hari ni walaupun tuan badan demam apabila seorang rakan yang menggunakan iPhone 4S bertanyakan tentang harga Samsung Galaxy Note. Kebetulan juga Samsung Galaxy Note 2 dilancarkan pada hari ini dan bakal dijual di Malaysia pada 19 Oktober nanti.

Mengambil petikan daripada blog Amanz, “Samsung Galaxy Note 2 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, bateri berkapasiti 3100 mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean padanya.”

Continue reading

Pak Cik Umur 50 Tahun Duduki PMR 2012

Salam sejahtera buat semua.

Pak Cik umur 50 Ambil PMR 2012

Nampaknya abang dah buat kesilapan besar apabila hanya mengucapkan selamat berjaya buat pelajar Tingkatan 3, sedangkan ada calon lain yang bukan daripada Tingkatan 3 turut menduduki PMR 2012.

Dalam surat khabar Harian Metro pada hari ini ada menyiarkan berkenaan calon paling tua yang menduduki PMR 2012 iaitu seorang pak cik yang berumur 50 tahun. Pak cik ini menduduki PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Turut bersama pak cik ini ialah seorang lagi rakan yang berusia dalam linkungan 4-an.

Continue reading