Tetamu Jauh Datang Ziarah, Terima Kasih Kepada Mereka

Salam sejahtera buat semua.

Luqman Hakim Jusoh

Semasa hujung minggu lalu, beberapa orang rakan dari jauh telah datang bertandang ke Kulim, menziarahi Celesticos Tribe. Seorang dari Terengganu yang datang dengan bas dan empat orang yang lain datang dari KL dengan sebuah kereta.

Gambar di atas dirakam selepas menjemput rakan kami dari Terengganu, Luqman Hakim di Stesen Bas Kulim dan singgah untuk bersarapan di Kilang Lama. Tempat yang sama saya bersarapan dengan LipanKatKaki.

Continue reading

Video Promo Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 25)

Salam sejahera buat semua.

AJL 25

Saya tak tahu dah berapa lama iklan promo Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 25) ni dah disiarkan di TV3. Tapi saya sempat tengok salah satu video promo ni. Lagipun, bukan selalu mengadap TV pun sekarang ni…

Seperti juga video promo edisi AJL 24, terdapat lebih daripada satu iklan komersil yang dihasilkan untuk edisi AJL kali ni. Watak dalam iklan AJL 25 juga menampilkan hos Juara Lagu yang sama iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Jom tonton dulu ketiga-tiga video promo AJL 25 yang bakal berlangsung pada 9 Januari 2011 ni…

Continue reading

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Bilakah tarikh pengumuman keputusan SPM 2011?]

keputusan-spm-2010

[Terbaru: Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012]

Nampaknya, ada adik-adik pelajar Tingkatan 5 yang mengajak kita sama-sama untuk berteka-teki tentang tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jadi, bilakah tarikh pengumuman keputusan SPM 2010?

Continue reading

Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi Persekolahan 2011

Salam sejahtera buat semua.

sekolah banjir

Hari ini, 3 Januari 2011, sesi persekolahan untuk tahun ini bermula. Semua sekolah di seluruh negara akan memulakan sesi pengajian bermula hari ini termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang diberikan cuti peristiwa semalam sebagai ganti cuti kemenangan Malaysia pada Piala Suzuki AFF 2010.

Pasti pelbagai ragam adik-adik yang baru memasuki Tahun 1 sekolah rendah dapat dilihat hari ini. Ada yang menangis, merengek tidak mahu ke sekolah. Ada yang takut ditinggalkan oleh ibu bapa. Tidak kurang juga yang gembira dengan suasana dan persekitaran yang baru.

Continue reading