Apabila Blogspot Tidak Dapat Diakses

Salam sejahtera buat semua.

logo blogspot

Semalam, semua jurublog (untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama servis Blogger) di platform Blogspot mengalami masalah apabila papan pemuka (baca: dashboard) Blogger @ Blogspot tidak dapat diakses kerana berada dalam mode read-only (boleh dibaca sahaja).

Pasti ramai yang rimas, runsing dan risau apabila terjadi macam ni. Ada yang tak dapat nak lepaskan keinginan mengemaskini blog. Ada juga yang runsing banyak kerugian yang bakal terjadi dan ada pula yang risau blog mereka telah digodam.

Continue reading

Bercuti Semester di Kampung

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, dapat jua saya jejakkan kami semula di rumah untuk bertemu dengan keluarga di kesempatan cuti semester selama seminggu ini. Oh, cuti semester yang cuma seminggu sahaja.

Dengki pula apabila tahu adik saya yang belajar di USM akan bercuti sehingga bulan September nanti. Lama tu. Apalah nanti nak buat kat rumah? Tidur dan makan je la kan? Lebih tepat, mengulang siaran RTM je la…

Perjalanan balik kali ini ditempuh bersama Anuar dan Baha. Jalan agak lengang sepanjang perjalanan daripada UTP ke kampung halaman (UTP – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Melur – Jelawat) tanpa sebarang masalah.

Continue reading

HTC Desire S: Video Demo HTC Sense

Salam sejahtera buat semua.

Salah satu ciri utama yang menjadikan HTC Desire S ini berbeza daripada smartphone yang dikeluarkan oleh syarikat lain ialah HTC Sense. Jadi, apakah itu HTC Sense?

HTC Sense ni ialah graphical user interface (GUI) yang dibuat khas oleh HTC untuk digunakan dalam gajet keluaran mereka untuk platform Android, Brew dan Windows Mobile. Sebenarnya ada banyak fungsi dan kemudahan yang disediakan dengan HTC Sense ni, tapi dalam entri ni saya hanya ingin tunjuk beberapa ciri HTC Sense yang saya paling minat sahaja.

Nak jelaskan pasal fungsi HTC Sense ni pun agak sukar sikit, jadi untuk setiap fungsi yang saya tunjukkan, ada didatangkan video demo menggunakan HTC Desire S bagi setiap ciri tersebut.

Continue reading

Studi di IRC bersama Geng Control CJ07

Salam sejahtera buat semua.

Studi di IRC

Macam tak terasa je yang hakikatnya sekarang ni sedang berada dalam musim final exam. Sekarang ni cuma tinggal satu paper je lagi. Tiga paper telah ditempuhi beberapa hari yang lalu. Selepas paper terakhir ni, maka berakhirlah Final Year, First Semester di UTP.

Continue reading