Salam sejahtera buat semua.
Program sambutan ambang Tahun Baru 2012 yang bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 31 Disember nanti amat menarik perhatian saya, terutamanya dengan pengisian program dan tokoh/artis yang dijemput.
Tarikan utama sudah semestinya Ustaz Azhar Idrus yang akan mengisi hampir kebanyakan waktu program berlagnsung termasuklah soal jawab agama yang pastinya akan menarik banyak pengunjung ke sana ditambah lagi dengan persembahan konsert yang nampaknya UAI akan terlibat sama.
Antara artis yang akan turut berada di sana ialah Zizan Raja Lawak yang akan bersama dengan UAI dalam sesi soal jawab agama. Saya ternanti-nanti bagaimakah keadaan semasa sesi tersebut berlangsung. Lain-lain pengisian program boleh dilihat di atas.
beliamuda: Pastinya ramai yang akan hadir. Ingat pesanan di atas, datang awal, solat berjemaah dan bawa sejadah/alas. Semoga pengisian di ambang Tahun Baru 2012 ini membawa berkat untuk semua.
assalaamualaikum…dataran kemerdekaan berhampiran dengan bangunan MBSA ke?
Ye, tepi MBSA, dkat dgn maybank tu
aku ke dataran merdeka malam tu.. realiti masih sama seperti dahulu2..
Izwan´s last blog about ..Sambutan Tahun Baru 2012 dan Jejak Belia Metropolitan 2
@Izwan, realiti masih macam dahulu tu merujuk kepada apa sebenarnya?