Analisa dan Perbandingan Pelan Baru Xpax (X2), Berbaloikah Beralih Pelan?

Salam sejahtera buat semua.

(Entri ini sepatutnya disiarkan beberapa hari selepas pelan X2 dilancarkan, namun atas sebab-sebab kesibukan penulis, ianya tertangguh. Cara-cara untuk bertukar ke Pelan X2 tidak dikongsi dalam entri ini. Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan dalam tulisan yang lain.)

xpax_logo

Seperti yang diuar-uarkan beberapa hari lalu, Celcom telah memperkenalkan pelan baru Xpax yang dikenali dengan X2. Pasti ramai yang teruja dengan kadar caj panggilan yang sangat murah yang dikenakan iaitu 28 sen bagi setiap 10 minit panggilan, namun pada masa sama pasti timbul perasaan ragu-ragu dengan pelan baru ini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut dengan analisa dan perbandingan pelan X2 (baca: New Xpax), jom berkenalan terlebih dahulu dengan pelan Xpax baru ni.

Continue reading

Mumble-less Monday #3: CJ07 Badminton

Salam sejahtera buat semua.

CJ7 Badminton

Gambar yang dirakam dengan iPhone 4 milik Safwan Diah selepas bermain badminton pada 10 Jun 2011 (Jumaat) yang lalu bersama-sama dengan geng CJ07 (ChemE 07).

Susunan rakan-rakan mengikut kedudukan dalam gambar:

Depan dari kiri; Khairul Anuar, saya dan Amir Maliki

Belakang dari kiri; Safwan Diah, Akmal Mokhtar, Nasrullah dan Safwan Atan.

Continue reading

Video Gol Jaringan Final Piala FA 2011: Kelantan vs Terengganu

Salam sejahtera buat semua.

Mesti dah ramai yang menyaksikan tiga jaringan gol yang dilakukan dalam final Piala FA 2011 semalam yang menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Terengganu. Satu perlawanan yang menyedihkan buat pasukan Kelantan. Tahniah pasukan Terengganu. Keputusan perlawanan final Piala FA 2011 berkesudahan Kelantan (1) – Terengganu (2).

Continue reading

Keputusan Final Piala FA 2011: Kelantan vs Terengganu

Salam sejahtera buat semua.

Final Piala FA 2011

Akhirnya perlawanan akhir piala FA untuk tahun 2011 telah pun bermula. Pertemuan final Piala FA 2011 menyaksikan pertemuan dua pasukan jaguh dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Dalam pertemuan perlawanan Liga Super sebelum ini pada 6 Jun 2011, Kelantan telah berjaya menumpaskan Terengganu dengan jaringan gol 3 berbalas 0. Kemenangan Kelantan ke atas Terengganu telah melonjakkan Kelantan ke tangga teratas dalam Liga Super.

Continue reading