Salam sejahtera buat semua.
Pasca laporan polis yang dibuat oleh Ummi Hafilda berkenaan ugutan bunuh oleh Azwan Ali beberapa hari lalu di akaun Twitternya @AzwanNur, akhirnya mereka telah berbaik semula setelah Azwan Ali meminta maaf kepada Ummi Hafilda yang membawa kepada penarikan semula laporan polis yang dibuat.
Dalam siaran berita yang disiarkan di TV3 semalam, Azwan Ali menyatakan dia akan menutup akaun Twitternya. Namun, awal pagi tadi akaun Twitter tersebut telah digodam oleh RileksCrew dengan kicauan pertama yang ditulis sekitar pukul 3:09 pagi.
Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi Info: Sebarang pertanyaan sila layari fb.me/pwn3d.by.Jack Mess with the Best..Die Like the Rest
— Azwan Ali (@AzwanNur) January 18, 2012
Tidak dipastikan sama ada Azwan Ali telah menyedari akaun tersebut telah digodam ataupun memang dia betul-betul mahu memadam akaun Twitternya, maka dia membiarkan sahaja hal berkenaan. Buat masa ini, telah banyak kicauan yang ditulis oleh RileksCrew. Say hello to them!
beliamuda: Azwan Ali adalah abang kepada Ummi Hafilda.
helo rilekscrew~~ LOL 😛
Pisyek´s last blog about ..UTPress.Net Hacked!!!
tu la. cari pasal lagi..
titan´s last blog about ..Undi blog lelaki kacak ini.
hahaha..rasa power la 2 si jack 2…
ok jgn hack twitter aku..haha
TopiJerami90´s last blog about ..Bakal Suami Ana Raffali