Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2010 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2011 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pula, pendaftaran telah pun dibuka sejak 1 Februari 2011 yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Continue reading

Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Menanti tarikh pengumuman keputusan SPM pastinya mendebarkan buat pelajar lepasan SPM 2010. Mana taknya, bermacam-macam komen yang beraneka ragam boleh dibaca dalam entri teka-teki tarikh keputusan SPM 2010.

Dalam entri tersebut jugaklah lahirnya pelbagai spekulasi tarikh keputusan SPM 2010. Pelbagai tarikh diberikan dan ada empat tarikh yang paling menjadi sebutan ramai. Berikut adalah tarikh-tarikh tersebut:

Keputusan SPM 2010 Mungkin Diumumkan Dalam Bulan April?

Salam sejahtera buat semua.

spm april (cut)

Selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan pada April, temuduga kumpulan akan diadakan di kem yang dipilih, katanya.

Dalam sebuah petikan berita yang saya baca daripada BERNAMA, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ada mengeluarkan kenyataan yang seakan bermaksud keputusan SPM bakal diumum dalam bulan April.

Lihat gambar di bawah untuk petikan berita penuh daripada BERNAMA jika pautan tidak berfungsi.

Continue reading