Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Menurut sumber berita yang diperoleh daripada Berita Terkini TV3, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada 21 Februari ini (Isnin).

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Continue reading

Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti KPM Sesi Akademik 2011

Salam sejahtera buat semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2011/2012 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut.

Pautan: Borang Permohonan || Kemaskini Permohonan

Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Continue reading

Semakan Keputusan Ambilan Kedua SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.

semakan ambilan kedua SBP Tingkatan 1

Semakan bagi keputusan ambilan kedua kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 sesi 2011 telah boleh dilakukan. Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan tidak berjaya dalam semakan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 ambilan pertama, boleh melakukan semakan permohonan mereka secara dalam talian.

Continue reading

Keputusan STAM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 telah diumumkan. Seramai 4,138 atau 63.3 peratus calon STAM tahun lepas memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, 413 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dengan 50 daripadanya mendapat gred cemerlang dalam kesemua 10 mata pelajaran, 804 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 1,961 Jayyid (baik) dan selebihnya Maqbul.

Continue reading