Salam sejahtera buat semua.
Sembang lebat bersama Azfar Umar yang menjadi teman sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang pada 1 April yang lalu membuka beberapa cerita mengenai Taiping. Lagipun, dia pernah belajar di MRSM Taiping selepas PMR di MRSM Transkrian (rakan sekelas).
Mungkin sejak kebelakangan ini saya menjadi lebih tertarik untuk mengetahui lokasi tempat makan yang menarik, maka saya tidak lepaskan peluang untuk bertanya mengenai tempat makanan menarik di Taiping. Cendol adalah makanan yang dicadangkan.
Walaupun asalnya dia mencadangkan gerai cendol yang berdekatan dengan BSN (saya tidak pasti nama gerai tersebut), namun penumpang lain yang turut sama berada dalam kereta mengatakan ada juga gerai cendol yang sedap di Stesen Bas Taiping.
Oleh kerana saya sengaja singgah solat di Masjid Taiping yang berdekatan dengan stesen bas, maka gerai di sini menjadi pilihan. Memang sengaja melencong masuk ke Taiping sebelum bergerak pulang ke kota raya.
Hasrat di hati nak merasa cendol pulut, tapi pulut dah habis pulak masa tu. Dapat rasa cendol kacang pun jadilah. Bukan ada alahan dengan kacang pun. Memang kena betul dengan tekak dapat makan cendol dalam cuaca panas terik masa tu. Nikmat sungguh dapat merasa cendol yang sedap!
Sebelah gerai cendol ni ada jual laksa Penang. Tapi saya tak merasa pun laksa tu. Kawan je la yang melantak laksa Penang + cendol kacang. Empat orang makan, empat mangkuk cendol kacang dan semangkuk laksa Penang.
Nak tahu harga cendol yang dijual di gerai ni? Tengok je gambar di bawah ni. Kira berpatutan la kan? Kalau ada CPT ni mesti lagi best! Teringat masa makan CPT di Melor yang Penaberkala belanja.
Dah habis makan cendol tu, jangan lupa bayar! Ahaks~
beliamuda: Dah merasa mee udang Kuala Sepetang sebelum tamat belajar dari UTP.
orang taiping sendiri pun tak pernah makan lagi cendol kat situ. hehe
@emosahsanasini, Apa ni orang Taiping… Hehe.. Haruslah pergi cuba sekali. Baru orang Taiping sejati. =D
Tengok pic dah terliur
haishh
hehe
tapi jauh ler plop
razfira´s last blog about ..Lelaki Paling Fotogenik Di Dunia
@razfira, Cari la yang dekat. Biasanya cendol ni ada jual kat mana-mana je kan (dalam Malaysia la).
selalu singgah makan dekat sini. rasa lebih kurang je dua2 tempat cendol tu. tapi yg dekat bsn tu lebih popular lah.
hasrol´s last blog about ..Makan pasembor Penang
@hasrol, Ouh, lebih kurang je eh. Patut la kawan aku tu tahu yang dekat BSN je. Lagi popular yang kat situ rupanya.