Salam sejahtera buat semua.
Awal pagi semalam, pelajar Malaysia di Indonesia dikejutkan dengan kejadian bahagian depan rumah sewa mereka runtuh. Kejadian yang terjadi pada awal pagi 11 Februari itu melibatkan 11 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia. Salah seorang daripada mereka merupakan bekas rakan sekelas saya semasa di MRSM Pengkalan Chepa.
Selain daripada 11 orang pelajar Malaysia, rumah tersebut turut dihuni oleh pelajar Indonesia. Kesemua mereka adalah mahasiswa wanita Universiti Trisakti. Alhamdulillah, tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut. Lokasi kejadian ini ialah di Jalan Tawakal 6, A-B, Grogol, Jakarta Utara.
Berikut adalah petikan daripada tulisan rakan saya tersebut yang berkongsi gambar-gambar bahagian depan rumah mereka yang runtuh.
KEJADIAN 11 FEBRUARI – RUMAH SEWAKU RUNTUH!
kejadian berlaku malam td kira2 jam 11.45 mlm slepas hujan berhenti.Tanpa angin dan ribut tiba2 bahagian depan rumah sewa ranap,4 btg tiang xde ,kejadian dikatakan berpunca dari bangunan usang dan sistem perpaipan bangunan yg telah lama bocor sehingga berpengaruh kepada struktur bangunan.Dihuni oleh 11 org pelajar Malaysia termasuk saya beserta sejumlah warga indonesia.Alhamdulillah tiada yang kecelakaan.
Buat masa ini, Kedutaan Besar Malaysia akan menempatkan sementara 11 pelajar terbabit di Malaysia Hall Jakarta agar mereka lebih selesa, lebih-lebih lagi sebahagian besar pelajar itu akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.
beliamuda: Semoga urusan rakan-rakan mahasiswa yang terbabit dipermudahkan.
Syukur.. Tiada kemalangan jiwa.
anif´s last blog about ..Adele Hebat Di Grammy Awards Dengan 6 Kemenangan
@anif, Alhamdulillah. Mungkin trauma je la yang mangsa-mangsa ni rasai.