Salam sejahtera buat semua.
Hebat. Baru tiga hari lepas saya membaca mengenai Ariff Alfian yang dilaporkan hilang oleh ibu bapa dia di Dublin, hari ini dia telah menjadi pelajar tajaan PETRONAS yang paling poular.
Di awal membaca cerita kehilangan dia beberapa hari yang lalu, ada juga saya cuba mencari profil FB dia, sekadar untuk melihat dan mengenali wajah insan yang bernama Ariff Alfian. Tanpa disangka, gambar dia beraksi jijik dengan pasangannya tersebar luas di Internet.
Tidak terlintas langsung di fikiran saya bahawa kehilangan dia di Dublin dan tidak dapat hubungi keluarga mempunyai kaitan dengan perhubungan gay Ariff dengan pasangannya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dengan perasaan ibu bapanya.
Diharap, Ariff Alfian diberi kesedaran akan perbuatan terkutuk yang telah dilakukannya. Semoga saya dan rakan-rakan yang lain juga dijauhi daripada perkara laknat sebegini.
beliamuda: Kemaskini sebelum makan malam dalam suasana yang bising di Kafe Impiana, Bandar Universiti.
Pingback: Suka Duka Ku Silih Berganti | beliamuda {dot} com