Google Doodle + Video Doodle: Ulang Tahun Kelahiran Charlie Chaplin

Salam sejahtera buat semua.

Charlie Chaplin Doodle

Sekali lagi Google membawa kelainan dalam doodle mereka. Kali ini, Google Doodle mengeluarkan satu lagi doodle yang istimewa untuk sambutan ulang tahun Charlie Chaplin.

Apa yang menjadikan doodle kali ini istimewa ialah paparan video yang dilakonkan sendiri oleh pasukan Google Doodle (baca: live action video doodle).

Tonton video tersebut di bawah.

 

Menjadi lebih menarik apabila jumlah paparan (baca: views) tidak dipaparkan seperti kebiasaan video lain di Youtube. Sudah pasti jumlah paparan adalah sangat banyak kerana video ini dipaparkan di setiap halaman carian Google.

Anda boleh baca mengenai Charlie Chaplin di wikipedia atau laman khas biografi. Paparan video di atas telah mula kelihatan sejak semalam dan akan diletakkan selama 36 jam.

beliamuda: Sebelum ni, Google Doodle untuk John Lennon pun menggunakan paparan video.

5 thoughts on “Google Doodle + Video Doodle: Ulang Tahun Kelahiran Charlie Chaplin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge