Apabila Ulat Bulu Menyerang, Kulit yang Gatal Terasa Sedap Digaru!

Salam sejahtera buat semua.

Ulat bulu penyebab gatal

Geli tak korang tengok ulat bulu ni? Mungkin ada yang geli dan ada juga yang rasa takut. Bayangkanlah ulat bulu ni tengah merayap kat atas badan korang, tanpa korang sedar. Geli amat la kot.

Untuk pengetahuan korang, ulat bulu ni la yang telah merayap tanpa segan silu kat atas tengkuk saya (bahagian belakang) tanpa disedari. Tahu-tahu je dah rasa gatal. Tangan asyik gosok dan garu je.

Sekali tu, entah macam mana boleh terpegang ulat bulu tu dan melekat kat tangan. Terus je buang kat atas meja. Rasa geli je bila fikir ada ulat bulu sedang merayap kat atas tengkuk tu. Tak tahan wei… (ni bukan kes ulat bulu dah naik daun…)

Tengkuk gatal dan merah

Tengok la tengkuk ni. Dah jadi merah sebab kena garu je. Ni sebelum naik kesan bengkak-bengkak sebab kena garu tu. Sampai sekarang ni masih rasa gatal lagi. Ingatkan dah sapu ubat kulit tu boleh la kurang sikit rasa gatal yang ulat bulu tu dah buat. Tapi tak reda juga rasa gatal kat tengkuk ni.

Ubat kulit

Tapi kan, ubat kulit ni dulu doktor bagi selepas kemalangan motor masa bulan Ogos tempoh hari. Mungkin ubat kulit ni untuk luka kot? Takpelah, dah sapu pun. Asalkan takde kesan yang jadi makin parah dah la. Malas nak ke klinik untuk dapatkan ubat sapu yang betul. -_-“

Sekali dah kena serangan ulat bulu yang entah dari mana datangya ni, membuatkan saya teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Selalu juga kena gatal kulit camni sebab main bawah pokok yang ada ulat bulu. Tapi ulat bulu yang tu kecik je. Tak macam yang kena kali ni.

Apa rawatan yang dibuat masa tu untuk kurangkan rasa gatal? Saya letak aiskrim buatan sendiri yang macam asiskrim pop tu untuk meredakan rasa gatal. Macam jadi je rasanya. Hehe…

beliamuda: Jangan jadi macam ulat bulu naik daun… Apa maknanya tu eh? Err, boleh jelaskan tak? 😛

8 thoughts on “Apabila Ulat Bulu Menyerang, Kulit yang Gatal Terasa Sedap Digaru!

  1. Mengikut petua orang dulu-dulu, gosokkan tempat yang terkena atau gatal dengan rambut. Jika tempat yang susah dicapai, minta jasa baik rambut kawan-kawan, saling membantu perkara yang kecil, takkan salah. ^_^

    InsyaAllah, mujarab…
    Ibnu Jamaluddin´s last blog about ..PresentasiMy Profile

  2. kalau nak bbuh krim, cari yg mmberi afek antihistamin.
    hal ini kerana, ulat bulu melepaskan bebepa mediator yang menyebabkan terjadinya pelepasan histamin, seterusnya terjadilah reaksi alergi seperti kulit tersa panas, memerah, gatal2 dll, seperti yang dirasakan oleh Mr hanifi. bila Mr hanifi menggaru. lebih banya histamin akan dilepaskan…dan mr hanifi akan merasa lebih gatal.
    knapa bila Mr hanifi letak ais, rasa gatal semakin mereda?
    ini kerana kurang berlaku pelepasan histamin dalam keaadan sejuk.

    maybe pada krim obat kulit yg Mr hanifi dapatkan dari klinik kita itu hanya mengandung antibiotik dan emollient. x mengandung antihistamine. maka, rasa gatal itu tidak hilang2. ^^

  3. klo msalnya digigit or trkena bulu ulat yg mnyebabkan gatal, obat herbalnya adalah mmbunuh ulat tsb lalu ambil isi perut ulat trz usapkan k tempat yg gatal..
    riset menyimpulkan bahwa oenelitian me tsb benar..
    🙂
    bole aj malas k klinik, asalkan tahan am gatal ny tsb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge