Salam sejahtera buat semua.
30 Januari 2011 menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) ke-14 yang diadakan buat kali pertama di negeri Johor. PRK 14 ini diadakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5). Pilihan Raya Kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.
Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang:
Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.
- 14,753 pengundi berdaftar.
- 14,735 pengundi biasa.
- 18 pengundi pos.
Lagi fakta dan info PRK Tenang (N5).
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 11 & 12 bagi DUN Tenang (Malaysiakini.com)
*****
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihan Raya Kecil Tenang
5:00 Petang: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang diutup.
Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.
5:40 Petang: Kotak undi dibawa ke dewan serbaguna Majlis Daerah Labis untuk penjumlahan undi.
6:15 Petang: BN – 115 PAS – 3 (undi pos) – Twitter
6:30 Petang: BN – 634 PAS – 1,136
6:40 Petang: BN – 3,737 PAS – 1,692
6:50 Petang: BN – 4,420 PAS – 2,033
7:o0 Petang: BN – 4,771 PAS – 2,132
7:15 Petang: BN – 4,923 PAS – 2,609
YB Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS (Twitter) mengucapkan tahniah kepada BN diatas kemenangan.
7:20 Petang: BN – 6,698 PAS – 2,963 | Rosak – 35 undi | Majoriti – 3,735 undi (Keputusan tidak rasmi)
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Azahar Ibrahim | Barisan Nasional | 6,698 |
| 2 | Normala Sudirman | PAS | 2,963 |
Sumber: Malaysiakini dan twitter mkini_bm
Keputusan Rasmi PRK DUN Tenang (N5)
Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi – meningkat berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.
Mohd Azahar Ibrahim (BN) – 6,699 undi | Normala Sudirman (PAS) – 2,992 undi | Majoriti – 3,707

Kredit kepada Malaysiakini
beliamuda: Selamat menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada YB Tok Ai.
Leave a Reply