Salam sejahtera buat semua.
Semalam, Celesticos Tribe telah melakukan aktiviti bersama-sama di kawasan Taman Negara Pulau Pinang dengan aktiviti utama adalah barbeku.
Gambar di atas adalah tiket parking berdekatan dengan pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. Ada seorang pak cik yang berbasikal siap sedia di kawasan tu untuk menjual tiket dengan harga RM3.00. Takde la besar mana pun kawasan parking tu.
Seperti dirancang, kami pergi ke kawasan Pantai Kerachut dengan menaiki bot yang disewa (dua buah bot) dan berada di sana daripada pukul 10 pagi sehingga 6.30 petang. Line telefon pun takde je kat situ.
beliamuda: Hasilnya, penat yang amat. Kaki lenguh dan tubuh pun rasa tak berapa sedap je… tapi best sebab dapat luangkan masa dengan Celesticos Tribe. Tak gitu? (biar pun asyik kena bahan je) 🙂
aku nk bahan boleh??hahahaha
hazwan´s last blog about ..Tanah Tumpah Darah Ku – Melangkah Ke Final