Review Sangat Ringkas Nokia C6-01

Salam sejahtera buat semua.

Semalam ada seorang kawan baru saja angkat Nokia C6-01 (ingatkan dia nak beli Nokia N8 😀 ). Sempat la jugak merasa apakah itu Nokia C6-01 sebab kawan tu suruh tengok-tengokkan HP baru dia tu. Sebelum ni sempat la juga usha Nokia C6-00.

Sebelum ke review @ rebiu sangat ringkas mengenai Nokia C6-01, tengoklah dulu video promo di atas.

Secara ringkas mengenai Nokia C6-01:

  • Skrin sesentuh Nokia C6 ni lebih sensitif daripada Nokia 5800 XM yang sedang saya gunakan. Masa guna C6 tu rasa kekok je sebab asyik tertekan kuat daripada yang sepatutnya menyebabkan rasa payah je nak guna. Padahal dengan sentuhan lembut pun dah cukup.
  • Skrin sesentuh C6 lebih keras daripada 5800 XM saya yang dah ada kesan lekuk terkena meja batu. -_-“
  • Dengan Symbian^3, rasa lancar je semasa nak menggodek segala isi perut Nokia C6. Patut la berbeza sakan dengan Nokia 5800 XM. Ingatkan guna platform yang sama…
  • Kamera Nokia C6-01 ni adalah 8MP, berbeza dengan Nokia C6-00 yang hanya mempunyai kamera 5MP. Tapi kamera Nokia C6-01 ni tiada auto-fokus, tidak seperti Nokia C6-00.
  • Satu lagi yang yang membezakan Nokia C6-00 dengan Nokia C6-01 ialah Nokia C6-01 tiada papan kekunci QWERTY seperti Nokia C6-00 yang boleh diluncur dari tepi.
  • Nokia C6-01 boleh mengambil video dalam kualiti HD 720P, ratio 16:9. Rasa puas hati tengok ketajaman video yang dirakam, kena pulak video pertama dalam HP tu merakam orang tersayang. Betul ke macam tu Bob? 😛
  • Memang azalinya dalam Nokia Siri C yang menumpu kepada fungsi rangkaian sosial, ada satu menu khas untuk laman rangkaian sosial. Facebook dan Twitter memang dah sah-sah ada. Yang lain-lain saya tak ingat.
  • Harga Nokia C6-01 yang dibeli ni dalam harga lebih kurang RM1100, ada juga yang boleh dapat dalam lingkungan RM900. Tak tanya banyak pulak pasal harga tadi.

Rujuk spesifikasi penuh Nokia C6-01 di laman web Nokia Malaysia.

beliamuda: Itu sahaja yang sempat saya rasai dan beritahu mengenai Nokia C6-01. Maklumlah, HP orang. Menumpang kasih sekejap je. Secara keseluruhan, memuaskan. Itu sahaja~

3 thoughts on “Review Sangat Ringkas Nokia C6-01

  1. ok ker C6-01 nih? Jangan jadi macam hp saya sudah la~ saya beli nokia C7. baru guna seminggu dah rosak. sekarang tgh tunggu nak tukar dia punya motherboard. mujur masih dlm waranty. kemudian baca kat web ‘GSM Arena’, baru tahu yg C7 tu mmg teruk dan byk problem~ sedih~ tapi dah terbeli, nak buat camner?
    bercadang nak jual balik hp C7 tu lepas ambil dari nokia service centre. tak sanggup nak tgk hp tu lg~ ish~ ish~ 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge