Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.

Setelah lebih sebulan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 diumumkan kepada pelajar darjah enam yang telah pun mengakhiri zaman sekolah rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun mengumumkan keputusan permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pelajar Tingkatan 1 untuk sesi tahun 2011.

Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi Tahun 2011

Pelajar-pelajar yang menduduki UPSR 2010 boleh menyemak keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 secara dalam talian (baca: online).

Semakan Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Cara Membuat Rayuan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

  • Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke SBP, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian (online).
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 sesi 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran ke SBP masing-masing.

Surat Tawaran Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 ke SBP untuk Sesi 2011

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke SBP Tingkatan 1 sesi 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.

Maklumat Tambahan Berkenaan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

beliamuda: Tahun depan baru adik yang paling bongsu ambil UPSR~

11 thoughts on “Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

  1. (UPSR 2010)Kenapa ya KPM asyik nak pilih anak2 kementerian dulu???Pastu anak2 kementerian yg tak dpt 5A pun terpilih ke SBP…Patutlah org biasa yg dpt 5A atau 4A1B tak boleh masuk sebab SBP dah penuh…Mesti rasuah ni…

    • @Dania Nur Niami,

      ye ke?
      ira dpt 4a 1b upsr, mntk sbp tak dpt pown.
      parent kje kerajaan jgx..
      tapi ada jgaklah sstgh yg dpt 3a dpt msuk sbp..

  2. (UPSR 2010)Kenapa ya KPM asyik nak pilih anak2 kementerian dulu???Pastu anak2 kementerian yg tak dpt 5A pun terpilih ke SBP…Patutlah org biasa yg dpt 5A atau 4A1B tak boleh masuk sebab SBP dah penuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge