Aini, Nuna dan Nuni: Kisah #2

Salam sejahtera buat semua.

lutut berdarah

Bersambung daripada Kisah #1 yang tergantung berkenaan nasib Nuna yang kesakitan. Kenapakah dia merengek dan menangis sampaikah perlu dirujuk ke Hospital Taiping? Apakah sebenarnya yang terjadi?

Telah diperkhabarkan oleh Nuni bahawa Nuna sebenarnya mengalami kesakitan di bahagian kakinya. Bahagian bawah lutut di kaki kanan Nuna telah membengkak. Tidak diketahui sama ada bengkak itu diakibatkan oleh terjatuh atau digigit serangga berbisa.

Lebih memburukkan keadaan, bahagian yang membengkak itu kemudiannya pecah dan terjadinya pendarahan. Kejadian ini adalah kali pertama yang terjadi kepada Nuna.

Kesian Nuna. Baru je berumur setahun lebih. Setiap kali darah tersebut dicuci oleh ibunya, dia pasti menangis. Pedih mungkin. Nuni tolong pujuk Nuna ya.

beliamuda: Semoga sakit Nuna semakin baik dan pulih seperti sedia kala. Aini jaga adik Nuna elok-elok ya. Jangan nakal-nakal, nanti kena marah dengan ibu. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge