Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berjalan serentak di dua kawasan berbeza. Satu Pilihan Raya Kecil peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) di DUN Galas, Gua Musang, Kelantan dan Pilihan Raya Kecil peringkat Parlimen di Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Info Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi:
PRK Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B. Datuk Ir. Chong Ket Wah pada 9 Oktober 2010.
Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 Oktober 2010. Pecahan daftar pemilih di Parlimen Batu Sapi adalah seperti berikut:
Jumlah pemilih berdaftar: 25,582 orang
Jumlah pemilih biasa: 24,047 orang
Jumlah pemilih pos: 1,535 orang
Sumber: Laman Web SPR
Lagi fakta dan info PRK Parlimen Batu Sapi.

*****
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Batu Sapi
6:20 Petang: PKR – 177 BN – 266 SAPP – 94
6:50 Petang: PKR – 1,269 BN – 3,226 SAPP – 814
7:10 Petang: PKR – 1,709 BN – 5,051 SAPP – 1,018 (kemungkinan BN mengekalkan kerusi Batu Sapi)
7:40 Petang: Keputusan rasmi akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja (keputusan rasmi saluran sedang diumumkan)
8:00 Petang: PKR – 3,281 BN – 8,538 SAPP –2,007
8:35 Petang: PKR – 3,414 BN – 9,773 SAPP –2,031 (BN menang dengan majoriti 6,359) [RASMI]
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Ansari Abdullah | Parti Keadilan Rakyat | 3,414 |
| 2 | Linda Tsen Thau Lin | Barisan Nasional | 9,773 |
| 3 | Datuk Yong Teck Lee | Parti Maju Sabah | 2,031 |
Sumber: Twitter mkini_bm
*****
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi (P185)
Keputusan rasmi PRK Parlimen Batu Sapi baru sahaja diumumkan sebentar tadi dan telah diumumkan bahawa Datin Linda Tsen Thau Lin (BN) telah memenangi kerusi Batu Sapi dengan majoriti 6,359.
PKR – 3,414 || BN – 9,773 || SAPP –2,031
*****

beliamuda: Tahniah kepada YB Datin Linda Tsen Thau Lin dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Palimenn Batu Sapi.
Leave a Reply