Salam sejahtera buat semua.
Sebut saja Xpax, U.O.X atau S.O.X, pastinya ramai yang tahu ini semuanya pakej prabayar daripada Celcom. Pakej-pakej ini biasanya disasarkan kepada para remaja (U.O.X dan Xpax) dan pelajar sekolah (S.O.X). Ada juga lain-lain pakej seperti Celcom Blue dan Celcom Sukses.
Jika anda adalah pengguna prabayar bagi pakej-pakej di atas, anda mungkin ada mendapat SMS daripada Celcom yang menawarkan satu servis yang saya kira sangat berbaloi bagi sesetengah pengguna.
SMS tersebut saya terima semalam (sebagai salah seorang pengguna U.O.X) dan telah cuba menggunakan servis tersebut semalam. Servis yang dimaksudkan ialah “RM2 Bundle Service”. Berikut adalah mesej yang dihantarkan oleh Pihak Celcom;
Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S http://xpax.com.my/rm2.html
Sebaik sahaja dapat mesej di atas, terus saja saya semak di laman web Xpax untuk lebih lanjut. Saya tidak pasti sama ada pengguna yang terpilih sahaja boleh menggunakan servis ini atau ia terpakai untuk kesemua pakej prabayar yang dinyatakan. Ada sesiapa yang tidak dapat SMS ini mahu mencuba?
Sebaik sahaja anda mengesahkan untuk mendaftarkan bagi servis RM2 ini, Celcom akan menghantarkan mesej susulan seperti di bawah;
T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.
Saya telah menggunakan sebaik mungkin servis ini sehingga tempoh yang dinyatakan. Ada la jugak terlebih 6 minit (panggilan), tetapi tiada kredit yang ditolak. Sebaik sahaja panggilan diputuskan, saya menghantar satu SMS dan barulah kredit ditolak semula. Selepas itu, Celcom ada menghantar satu lagi SMS untuk menyatakan langganan “RM2 Bundle Service” telah tamat tempoh sah.
Langganan PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom telah tamat tempoh sah. Untuk melanggan semula, sila hantar YESRM2 ke 22188.
Mengikut mesej tu, macam dapat langgan lagi je servis ni. Tengoklah nanti sama ada nak cuba guna lagi atau tak servis yang cambest ni…
beliamuda: Kadang-kadang ada dapat kredit MMS percuma sampai beratus-ratus. Yang ni rasa hampeh je sebab tak dapat nak guna sangat. Rugi je. Kan bagus kalau dapat kredit SMS percuma…
Kalau sy Apply servis rm2 bundle tu pd pukul 10 mlm,,bil akn tamat tempoh servis tersebut?