UPSR Dikekalkan, PMR Dimansuhkan 2016

Salam sejahtera buat semua.

bilik darjah

Sejak timbul isu pemansuhan UPSR dan PMR pada bulan Jun yang lalu, reaksi pelbagai pihak mulai timbul terutama daripada para pelajar, guru-guru dan pihak Kementerian Pelajaran sendiri.

Ada pihak yang menyokong agar kedua-duanya dimansuhkan, manakala tidak kurang juga pihak yang berusaha mempertahankan kewujudannya. UPSR dan PMR sudah sebati dalam pendidikan di Malaysia, namun disebabkan kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap sistem berasaskan peperiksaan, ramai mula merasakan perlunya ada rombakan besar-besaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Hari ini, PMR diumumkan akan dimansukan mulai 2016.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format.

Utusan

Pada pandangan saya, ada rasionalnya mengapa PMR dimansuhkan dan UPSR masih dikekalkan. UPSR boleh dilihat sebagai SPM bagi pendidikan di sekolah rendah, manakala PMR yang menjadi peperiksaan wajib bagi pelajar Tingkatan 3 yang menjadi pemisah antara menengah rendah dan atas boleh digantikan sebuah sistem peperiksaan dijalankan sendiri oleh pihak sekolah.

Pasti ada pihak yang mengutarakan, tanpa PMR pasti pelajar akan malas belajar di peringkat menengah rendah. Ini sebenarnya sebuah persoalan yang diutarakan dalam kondisi kita menilai sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

Saya tidak menolak perlunya peperiksaan, cuma tumpuan yang lebih kepada praktikal dan amali perlu ditekankan. Saya sudah melihat, merasai dan melalui sendiri betapa berbezanya teori dan praktikal. Gah di atas kertas, tapi kaku di dunia nyata (bukan semua, tetapi kebanyakan).

Tentang format dan perubahan dalam sistem pendidikan kali ini, kita biarkan kepada pihak yang sepatutnya untuk melaksanakan perubahan itu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, teruslah memberikan sumbangsaran agar sistem pendidikan sedia ada dapat dipertingkatkan dan menjadi medium terbaik dalam melahirkan modal insan yang terbaik dan cemerlang.

Apa pula komen anda dengan pemansuhan PMR dan pengekalan UPSR?

beliamuda: Apa perasan 58,534 pelajar PMR 2010 yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang ni?

13 thoughts on “UPSR Dikekalkan, PMR Dimansuhkan 2016

  1. aku pun dapat rasa yang budak akan lebih malas belajar nanti bila pmr dimansuhkan..tambahkan pulak nak tunggu 5 tahun untuk periksa besar..silibus pulak banyak kena cover.

    maybe diorang ada solution dan sebab kena mesti mansuhkan pmr..
    aizuddin´s last blog about ..Pertama Kali Ke I-City Shah AlamMy Profile

  2. ces, Pisyek mewakili form 3 2010 seluruh negara menyatakan bahawa kami sudah malas studi untuk paper matematik minggu depan!!!!

    sila jangan kensel PMR!!! kalau nak kensel jugak, kami boikot PMR minggu depan, xnk pegi skolah dah… tahun depan baru datang balik.

    hahaha… ( just kiddin xP )

    hurm.. nmpknye xde cam la budak2 nak tukar sekolah masa form 4… ekekeke…
    Pisyek´s last blog about ..5 sebab kenapa anda tak patut jadi freelancerMy Profile

  3. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010? | beliamuda {dot} com

  4. Membuat penilaian berasaskan pihak sekolah yang diberikan tidak jamin selamat. I mean soalan itu kemungkinan bocor. PMR tahun lalu sudahlah ada beberapa buah sekolah telah membocorkannya, apatah lagi kalau pihak sekolah yang berikan. Tidak adil la itu, pelajar yang ingin masuk kelas yang terbaik tetapi tidak mencapai, pelajar yang bodoh(copy and paste) dapat pula. Walaupun telah menguatkan peraturan sekolah. Think. Think.

    • @Sia Sing, Moga di masa depan ktia dapat lihat lebih banyak golongan muda yang gah di dunia nyata, setanding dengan apa yang dicapai dalam bidang akademik.

  5. This school based assessment system is a failure in UK because it makes the students lazy and they have lost their sense of competence. Now our “genius” leaders are trying to repeat the same mistakes. Good luck.

  6. Semua sekolah MSM teknik pun asrama penuh anak cikgu & anak kroni sebab soalnya bagaimana nak kita bedakan pelajar yag layak jika soalan sekolah yang buat… Cikgu pasti nak anak & warisnya masuk asrama atau sekolah baik-baik hatta bagaimana nak rahsiakan soalan.

    Bagi sy cara sekarang dah CUKUP CANTIK sebab dua tahun pembelajaran untuk SPM sudah cukup tempoh dari nak tunggu 5 tahun. PELIK.
    Penyair iDANRADZi´s last blog about ..Sambal Cili Padi Tempoyak Daun KayuMy Profile

    • ni la masalahnya sistem pendidikn negara kita..semuanya buat hentam kromo, tak ajak berbincang dgn mereka yg lebih arif dlm bidang ini..mksd saya kenapa tidak dipangaggil wakil2 guru, profesor, ibu bapa n mereka yg selayaknya sebelum terburu2 buat keputusan?? sebelum ni heboh pasal ppsmi skrg psl isu pemansuhan pmr..adakah pelajar ini bahan eksperimen?? mungkin ada solution yg lain tapi based on experience saya, I highly doubt tentng keberkesan alternatif yg menggantikn pmr..melihat sistem pendidikan negara yg agak tidak teratur, saya boleh rasakan ‘kegagalan’ sistem baru yg m’gantikn pmr itu..kita seharusnya mencontohi cara Dr M mengubah sistem pendidkan negara..beliau akan bagi tempoh sekurng2 nya 10 thn utk melihat keberkesanan sesuatu perubahan itu..bkn sekejap 2-3thn then main tukar2..ingat pelajar ni bahan eksperimen ke?? sori to say but I won’t send my children to Government’s school..enough is enough..

  7. Sistem pendidikan yg ada sekarang dah cukup bagus. Yg utama, cara pihak sekolah mengaplikasikan & mempelbagaikan pendidikan di sekolah masing-masing. Barulah pelajar-pelajar rajin & berdaya saing.

    Jangan la setiap kali menteri pendidikan digantikan, maka berubahlah juga sistem pendidikan Malaysia. Susah guru-guru & pelajar-pelajar.
    shima´s last blog about ..Petua Tambah Susu BadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge