Salam sejahtera buat semua.
Bahang pilihan raya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi semakin terasa. Beberapa hari lalu, parti-parti yang bakal bertandang telah memperkenalkan calon masing-masing untuk dipertandingkan bagi kerusi yang kosong di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Hari ini, 26 Oktober 2010, tibalah hari bagi penamaan calon seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pastinya keadaan di kawasan penamaan calon semakin panas dan meriah.
Mengikut berita yang disiarkan semalam, keadaan di Galas dan Batu Sapi semakin sibuk dengan kehadiran pihak media dan ahli-ahli politik. Borang penamaan calon banyak yang dibeli, namun kita tengoklah berapa ramai sebenarnya calon yang bertanding apabila semuanya berakhir hari ini.
Tunggu dan lihat. Semoga semuanya tenang dan terkawal.
Maklumat PRK Parlimen Batu Sapi (P185)
beliamuda: Tenang-tenang sahaja di Celestica, merindu dari jauh…