Salam sejahtera buat semua.
Sejak sebulan kebelakangan ini, saya agak perlahan dalam menulis di blog ini. Ya, ada sahaja entri yang diterbitkan, tapi itu bukanlah entri yang memerlukan penulisan sepenuh hati dan sepenuh jiwa. Chewah~
Dalam ketidaksempatan dan ketidakmampuan untuk menulis entri-entri sedemikian, saya meluangkan masa membaca entri lama secara rambang.
Kadang-kadang rasa pelik semacam apabila membaca kembali. Akukah yang menulis ni? Ayatnya semacam indah. Haha. Itu poyo.
Sekarang ni dirasakan agak payah untuk mengetuk papan kekunci bagi melahirkan ayat-ayat yang elok. Ayat emosional senanglah sikit.
Kalau terjumpa entri yang ayatnya macam kebudak-budakan tu, rasa macam biasa la. Sekurang-kurangnya saya tahu ada penambaikan dalam penulisan. Tapi bila terjumpa tulisan yang baik, tapi sekarang tidak mampu menulis seperti itu, bukankah itu celaka?
Saya pasti anda juga selalu membaca kembali tulisan-tulisan lama anda di blog sendiri. Apakah perasaan yang timbul semasa membaca kembali entri tersebut?
beliamuda: Dah lebih tiga minggu komen tak berbalas. Dua minggu lepas saya terlibat dalam kemalangan. Terbantut di situ. Semua orang hangat dengan HIDUP SEORANG BLOGGER eh sekarang ni?
memang, dulu tujuan tulis blog asal nk baca kisah sendiri
tapi skang dah jadi sharing ngan ore lain
memang selalu gak baca entri lama-lama
best woo, byk kenangan di sebalik bait-bait ayat 🙂
penaberkala´s last blog about ..HERO TELUK KUMBAR
@penaberkala, menulis kisah sendiri biasanya rasa nak guna je apa-apa ayat yang terlintas. tapi bila menulis dalam keadaan untuk sharing dengan orang lain, gaya tu jadi macam formal sikit. bagi aku la…
blog ni catatan. penulisan tu tak semestinya seragam. ada kala ia ok ada kala tidak. bergantung kepada si penulis. kemalangan kt mana?
Luth textile´s last blog about ..Ini bukan kes “cepat melatah”
@Luth textile, accident kat depan hospital kulim. motor langgar kereta.
tu la..kadang2 rase klakor pun ade..haha
hazwan´s last blog about ..Children of Heaven
persekitaran mmpengaruhi stail penulisan. Kalau saya di rumah,saya takkan banyak menulis. Kalau di univ, sewaktu tengok pokok pun rasa macam nak tulis blog, idea mencurah2 untuk berkongsi..
@ikin, tempat pun mempengaruhi idea dan inspirasi untuk menulis. persekitaran yang berbeza, cara otak kita berfikir pun berbeza jugak kot.
mcm mana keadaan sekarang..
@diraja22, kita tengoklah macam mana ya.. huhu~
penulis itu adalah manusia biasa yg mempunyai emosi yg boleh berubah2.. begitu juga penulisan nya… kematangannya bertambah begitu juga penulisannya
din´s last blog about ..Rawatan Denggi
@din, harapnya begitulah kan.
kawe bilo baca blk entry lamo2, mesti akan gelak, sebab cara penulisan yang budak2
@x-po, penyeri di kala takde idea nak tulis apa kat dalam blog.
Saya pun pernah perasan benda macam ni. Maknanya kita dah berubah =)
@Blinkky, at least kita tidak kekal pada takuk yang lama.
Dulu semasa gunakan BS, aku sesuka hati jer menggunakan bahasa sendiri.. tapi bila dah gunakan WP.. hidup aku sebagai seorang blogger mcm dah xmo lagi guna bahasa rojak .. Mcm dah matang sikit kot.. wahahaha
Ayie´s last blog about ..Adakah blog anda sudah berdaftar
@Ayie, hehe. itu kena tengok keadaan entri jugak la. biasanya kalau dalam entri yang personal + emo, kadang-kadang bahasa pasar pun saya lepas je.