Talian Telefon Tambahan PTPTN 2010

Salam sejahtera buat semua.

PTPTN

Semasa saya ke cyber cafe di Kulim Avenue pada minggu lalu, saya dapati CC tersebut dipenuhi dengan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Poli Kulim) yang sibuk dengan urusan permohonan PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Dengan jumlah permohonan yang begitu banyak, pastinya banyak juga pertanyaan yang bakal timbul daripada kalangan pemohon. Untuk memudahkan urusan menjawab persoalan yang timbul itu, pelbagai saluran telah disediakan oleh pihak PTPTN untuk menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan.

Di antara saluran yang disediakan adalah;

  1. Laman web http://www.ptptn.gov.my
  2. Pusat Panggilan 03 2092 7788
  3. Ruangan e-forun PTPTN
  4. Perkhidmatan SMS
  5. Kaunter One Stop Centre di KL Sentral
  6. Kaunter Info Centre di Sabah dan Sarawak

Memandangkan jumlah panggilan akan meningkat pada sesi kemasukan pelajar pada awal Julai dan Disember setiap tahun, pihak PTPTN telah menyediakan perkhidmatan tambahan Call Centre 03 2092 7788. Perkhidmatan tambahan Call Centre ini akan beroperasi mulai pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 malam setiap hari bekerja mulai 21 Jun 2010 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Di samping itu talian tambahan khas juga akan disediakan pada dua hari sebelum tarikh tutup setiap permohonan. Tujuan talian tambahan ini adalah bagi membantu pelajar yang ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai masalah pengisian permohonan secara atas talian sahaja. Talian tambahan ini boleh dihubungi dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam hari bekerja pada dua hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan.

Nombor Telefon Talian Tambahan PTPTN

03 2098 6405 03 2098 3793 03 2098 3825 03 2098 6416
03 2098 6407 03 2098 3805 03 2098 6564 03 2098 6417
03 2098 6412 03 2098 3808 03 2098 3940 03 2098 6463
03 2098 2005 03 2098 6252 03 2098 6588 03 2098 6563
03 2098 6409 03 2098 6403 03 2098 3909 03 2098 2141
03 2098 6408 03 2098 6544 03 2098 6558 03 2098 6575
03 2098 6734 03 2098 6554 03 2098 2023 03 2098 2019

Maklumat Lanjut

Para pemohon boleh merujuk Kenyataan Akhbar PTPTN untuk mendapatkan maklumat penuh.

7 thoughts on “Talian Telefon Tambahan PTPTN 2010

  1. saya waris pda pelajar kolej.anak saya ada beritahu.bahawa biasiswa yg akan mereka dapat.akan di potong untuk bayaran inssurance pelajar sampai mereka tamat kolej nanti.di sini saya ingin tahu,ada kah vetul pekara ini.sedang kan dahulu semasa haendk masuk kolej dia org cakap segala bayaran akan di di potong dlm ptptn.ini wang mereka belanja.kenapa dari dulu tak cakap awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge