Salam sejahtera buat semua.
Penajaan biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang. Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Kejuruteraan.
Kategori Penajaan PILN 2010
Penajaan PILN akan ditawarkan mengikut 4 kategori seperti berikut:
Kategori 1
Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 85% akademik, 10% ko-kurikulum dan 5% temu duga.
Kategori 2
Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 75% akademik, 10% ko-kurikulum, 10% sosioekonomi dan 5% temuduga.
Kategori 3
Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 65% akademik, 5% ko-kurikulum, 25% sosioekonomi dan 5% temu duga.
Kategori 4
Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 65% akademik, 5% ko-kurikulum, 25% sosioekonomi dan 5% temu duga.
Jumlah Penajaan PILN 2010
1500 Luar Negara
Bagi tahun 2010 telah disediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.
Pelajar-pelajar yang berjaya menerima biasiswa PILN ini akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan di dalam negara untuk satu tempoh tertentu bergantung kepada program yang akan diikuti sebelum pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Para pelajar dikehendaki sentiasa mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara.
2000 Dalam Negara
Memandangkan terdapat ramai yang layak dan persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN.
Mereka yang ini akan mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal.
Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.
Universiti Penyelidikan
Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti-universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan permohonan dijangka akan dikeluarkan pada 11 Jun 2010 pukul 3.00 petang.
Keputusan Rayuan PILN 2010
Semakan Keputusan Rayuan PILN 2010.
Maklumat
Sila hubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia atau telefon 03 8885 3049 atau email : esila@jpa.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
Sila layari juga laman web eSILA untuk mendapat maklumat terkini.
kredit kepada ePutra.
bm, anak saya dapat tajaan mara untuk program piln mengikut semakan melalui web mara, tetapi surat tawaran dan lain-lain dokumen hingga kini belum terima lagi. anak saya masih berada di kolej matrikulasi NS lagi, nak keluar kena tunggu dokumen dulu.
@yunus abu nain, cuba hubungi pihak MARA untuk mengetahui status dokumen tersebut.
bm – tq, dokumen dari mara yg d tunggu2 baru tba sat tadi. ni tgh dok semak.
@yunus abu nain, beyeh.