Salam sejahtera buat semua.
Info pilihan raya kecil (PRK) Sibu:
Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010.
Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 April 2010 yang mengandungi 54,695 orang pemilih, terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pemilih pos.
- 54,695 pemilih berdaftar
- 52,158 pengundi biasa
- 2,537 undi pos (1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis)
Pecahan Mengikut Kaum
- Cina 67%
- Melayu/Melanau 10.5%
- Bumiputera Sarawak 22%
Lagi info mengenai PRK Sibu (P212).
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 bagi Parlimen Sibu (malaysiakini.com)
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Sibu
5:00 Petang: DAP – 810 BN – 1029 Bebas – 15
5:10 Petang: DAP – 1029 BN – 2959 Bebas – 18
6:00 Petang: DAP – 1819 BN – 3804 Bebas – 37
6:30 Petang: DAP – 7026 BN – 6243 Bebas – 52
7:00 Petang: DAP – 10,733 BN – 9229 Bebas – 97 [Jumlah keluar mengundi ialah 32,742 (59.86%)-SPR]
7:30 Petang: DAP – 15,655 BN – 12,838 Bebas – 132 [Calon pertama yang mendapat 16,372 undian berpeluang untuk menang]
8:00 Petang: DAP – 16,538 BN – 13,490 Bebas – 136 [DAP berkemungkinan memenangi kerusi Parlimen Sibu, menanti keputusan rasmi]
9:00 Malam: DAP – 18,570 BN – 15,980 Bebas – 201 [Keputusan rasmi masih lagi belum diumumkan atas sebab-sebab tertentu]
No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
---|---|---|---|
1 | Richard Wong Ho Leng | Democratic Action Party | 18,570 |
2 | Robert Lau Hui Yew | Barisan Nasional | 15,980 |
3 | Narawi Haron | Bebas | 201 |
Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini
*****
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (p212)
Pengumuman rasmi mengisytiharkan DAP menang kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398. Statistik penuh akan dimasukkan kemudian.
DAP – 18,845 || BN – 18,447 || Bebas – 232
Majoriti – 398
Sumber: Malaysiakini.com
Dr dhlu i menyokong kerajaan dan mungkin skrg…? Mungkin apa yg t’jdi di sibu akan t’jadi di bintulu. Cuba kita renung dan lihat arus pembangunan di btu. Ok…di kampung sya di tatau, binyo, ulu pandan, tubau dan hulu kakus. Tanah2 kmi habis di ambil kerajaan utk menanam pokok kayu akasia @ kyu kertas. Apa yg di tinggalkan kerajaan utk kmi hanya tanah di tepi sungai itu pun hanya beberapa ekar dan slalu di landa banjir sampai. Apa yg kmi rakyat dpt?….kmi mempertahankan kmi di tahan dlm penjara. Kmi di pukul oleh samseng2 ladang yg dpt tender dr kerajaan. Ke dua…kebun lada, sawit, getah, koko, dan pondok di kebun2 lain, habis di rampas dan di tebang serta di musnahkan oleh BDA DAN JTS BINTULU. Dan bsama askar dan polis. Apa yg kmi rakyat dpt…hanya b’putih mata. Melawan kita di lawan askar dan polis. Dan ini utk peringatan utk kerajaan. Sedarlah…sebelum kmi rakyat di bahagian bintulu ini berpaling tadah.
YELA SANGAT SOKONG DAPAT DPAT LAGI MEMAJUKAN SARAWAK,,,LAGI HANCUR ADALAH…DAP NIE PARTI RACIST, BYK BUSINESSMAN,,,BUKAN KISAH SANGAT TOLONG RAKYAT…EKONOMI DAH PEGANG..DAPAT KUASA POLITIK LAGI KENCANG LAH EKONOMI DIRAONG..KAJI BALIK DAP TU ASALNYA DARI MANA..PARTI SERPIHAN PAP…TGKLAH SELANGOR, PENANG CAMNA DIORANG TADBIR..KELAM KABUUT….SEMUA NAK KUASA..NAK HARTA…JANJI BULAN BINTANG….HABUK PUN TAARAAKKK….CERDIKLAH SIKIT,….JGN IKUT EMOSI