Salam sejahtera buat semua.
Ah, sungguh tak boleh blah. Kali ini aku bermain dengan sesuatu yang baru. Tak apa. Aku ingin mencuba benda baru. Berkeskperimen sementara aku masih ada masa untuk melalut dalam keadaan penus kawarasan.
Siapa tidak kenal nama-nama di atas? Kalau kau tak tengok tv, mungkin kau tidak kenal. Tapi, sejak aku bercuti semester ni, kerap jugalah aku terserempak dengan nama-nama mereka ini.
Tiz Zaqyah. Namanya menjulang naik dengan drama Nur Kasih yang sungguh fenomena. Sampai sekarang aku masih belum melengkapkan lagi drama tersebut. Kawan perempuan yang aku kenal semuanya tergila-gilakan cerita ini. Aku sempat menangkap OST Nur Kasih sahaja.
Eira Syazira dan Memey Suhaiza pula dua gandingan dalam drama Cinta Balqis. Aku tidak pernah kenal Eira Syazira ni, kecuali nama Memey Suhaiza yang meletup di kala kantoi tangkap khalwat tidak berapa lama dulu. Kantoi dengan siapa ya? Ah, aku tidak ikut kisah gosip mereka itu.
Drama Cinta Balqis pun aku hanya sempat jeling-jeling manja sahaja. Tangkap dengar lagu Istana Cinta yang terasa sedap didengar oleh telinga. Ramai juga yang meminta untuk lagu Istana Cinta ni. Ah, susah mahu cari lagu penuh. Banyak juga lagu dalam cerita tu yang pelik-pelik. Jarang didengar orang.
Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza Yang Canti, Comel dan Cute
Apa persamaan mereka ya? Pada pandangan mata aku seorang lelaki, boleh aku katakan mereka cantik. Comel dan cute pun boleh pakai kot? Nama artis yang turut meningkat naik seiring dengan drama yang dibintangi. Tapi, seperti biasalah, mereka hanya berlakon di layar tv. Ambil apa yang baik mereka paparkan, tinggal tanpa fikir apa yang salah.
Tiz Zaqyah yang manis bertudung
Tiz Zaqyah membawa imej yang cukup baik dalam drama Nur Kasih. Aku rasa, ramai lelaki yang mahukan perempuan seperti itu. Tapi, tercalar juga imej dia apabila banyak tersebar foto dan gambar rutin kehidupan mereka (rutin kah?). Kehidupan sosial dia, itu dia punya hal la. Walau macam mana dia nak bersosial pun, kita hanya boleh menasihat dalam bentuk kritikan.
Tak apalah. Walau apa imej buruk yang didedahkan, itu kisah merekalah. Aku tak mahu komen. Tapi, sebagai lelaki, aku mahukan si dia itu seperti mereka. Maksud aku, apa yang cantik dan elok sahajalah. Bukannya gaya seksi yang dibawa artis itu.
Tapi, yang baik hanya untuk yang baik sahaja kan? Maka, kena jadi baik dululah kan? Aku tak mahu berskandal panjang-panjang. Nanti aku meleret makin jauh, maka lari dari tujuan asal entri ini.
Berfantasi Mencari Si Pujaan Hati
Ah ya. Aku memang ingin si dia seperti itu. Kau nak kutuk apapun, katakan sahajalah. Aku terima. Tiada hazard untuk aku pun rasanya. Makin meriah mungkin. Kalau kau cari aku di myspace, mungkin tak jumpa. Aku tiada di sana. Di Facebook adalah jugak. Tapi hanya sekadar ada. Harus kan?
Anggaplah ini eksperimentasi berani gagal dalam blog picisan ini. Aku berskandal untuk menyindir. Tapi aku menyelam minum air. Timbul sekejap hirup udara. Lepas tu masuk balik. Aku tulis sendiri. Cerita hanya rekaan. Kau jangan percaya ok?
Sudah banyak aku cuba. Tapi yang lain aku sembunyikan. Mungkin dah lama aku tidak menulis sebegini. Kau klik la mana-mana yang patut kalau nak tahu lebih lanjut. Ada masa aku cerita apa yang ada disebalik tulisan penuh prasangka dan persepsi ini. Habis nama artis wanita di atas aku gunakan. Jangan marah ya yang di sana.
Ah, Tiz Zaqyah yang sedap dipandang mata dengan tudungnya. Eira dan Memey pun boleh cuba juga kot? Nanti aku ucap syukur banyak-banyak pada ALLAH atas kurniaannya. Artis kita kan pandai bersyukur? Kau tak pernah dengar kah?
beliamuda: Kau ada rasa pelik tak? Mungkin sedikit panas? Kalau tak, tidak apalah. Aku hanya merepek. Bukan biasa aku buat begini. Jangan risau, aku masih waras. Aku akan kembali dengan entri formal kemudiannya. 😀
gosip diorang pun ko tak tau? bongok betul la. meh aku nak kasi tau neh.
tiz zaqyah ni kan dia ngaku suka hidup sosial. memang dia cakap tak pakai tudung pun. tak yah kecoh2 la kan.
eira syazira ni pasal kes dia berkemban. pakai kain macam nak gi mandi je. entah pape.
memey ni, entah apa kisah terkini. kan dia kena tangkap khalwat ngan normah hakim dulu.
dah, aku harap ko tahu. sekian.
yep2.. indeed.. gaya pnulisan gaya mcm novelis.. best2.. 😉
susah mau cari pujaan hati yg menepati citarasa hati.. pape pn, still pegang, pasti ade di sudut dunia ni yg memang meant for us.. ngeeee.. 😉
.-= farhana´s last blog ..Ruginya Tak Dapat Salam Dengan Mamat Itu.. *Sigh* =-.
@farhana, tidak terniat pun nak tulis gaya novel. asalnya ditulis untuk tujuan lain.
pujaan hati mmg payah dicari. kadang2 kita terbuat salah pulak bila dah jpe.. -_-“
kadang2 ‘terkesan’ jugak tgk member2 dah mula naik pelamin. tp cari jodoh bukan boleh click2 mcm main facebook. huhu~
.-= Lea´s last blog ..Karnival SamsungCorby =-.
@Lea, betul. mmg bukan mudah. tapi kalau ada jodoh, ketemu juga.