Salam sejahtera buat semua.

Terkejut apabila terbaca kicauan di pagi hari mengatakan ada sebuah gereja telah dibakar. Dilaporkan, sebuah gereja di Desa Melawati telah dibakar lewat tengah malam tadi.
Kejadian ini yang terjadi di Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak telah dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH. Walaupun pihak polis menafikan dan masih dalam siasatan, tidak dapat tidak kita akan beranggapan pastinya ada kaitan dengan isu tersebut.
Kalau betul ianya dilakukan kerana isu penggunaan kalimah ALLAH, maka ini cuma salah satu akibat daripada percubaan untuk bermain dengan sesuatu hal yang sensitif. Namun begitu, saya tetap kesal dengan kejadian yang terjadi jika betul ianya dilakukan oleh orang Islam.
Walaupun terdapat golongan yang mengatakan isu penggunaan nama ALLAH ini adalah sesuatu hal yang biasa di Sabah dan Sarawak, perlu diingat ia bukan sebegitu di Semenanjung.
Ada dua benda yang tidak patut dicabar dalam kehidupan bangsa Melayu iaitu agama Islam dan ketuanan Melayu (termasuk perihal Raja-raja Melayu). Perkara-perkara ini sangat mudah untuk menyentuh sensitiviti Melayu. Jadi, jangan dicuba untuk mencabar sesuatu hal yang boleh menggugat kestabilan kehidupan majmuk di Malaysia.
Kalau akhirnya nanti Mahkamah tetap membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh Gereja Roman Katolik, saya boleh menjangkakan keadaan yang lebih dahsyat. Penyelesaiannya satu sahaja, tak boleh guna.
beliamuda: [1] Kalau ianya sudah lama digunakan di Sabah dan Sarawak, kenapa baru setahun dua ini isu pengunaan kalimah ALLAH dibangkitkan? Kenapa pula pihak Gereja Roman Katolik bersungguh-sungguh mencabar Kementerian Dalam Negeri? [2] Para penggodam pun sedang giat menyerang di alam siber. Laman web Herald dah beberapa kali digodam. Laman Kehakiman juga turut digodam.
[Gambar ihsan Metro Tabernacle]
Leave a Reply